Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Sebelum Kesakitan Datang, Rambut Ku Diragut"- Demi Baby, Remy Ishak Terpaksa Relakan Isteri Potong Rambutnya

Syafiqah Jalal 28/07/2023 | 04:03 MYT
Aktor Remy Ishak memotong rambut panjang yang dah lama disimpan sehari sebelum menimang cahaya mata sulungnya pada Khamis.

Remy atau nama lengkapnya Mohd Zalimi Ishak, 41, berkata dia memotong rambutnya sebagai bagi memenuhi permintaan isterinya Ezza Yusof yang mahu dia kelihatan kemas sebelum kelahiran puteranya.

"Detik-detik akhir kejadian semalam (Rabu). Sebelum kesakitan mendatang, rambut ku diragut," katanya.

Remy berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran yang sama, Remy memuat naik video saat isterinya memotong rambutnya yang kelihatan seperti tidak rela.

Malah dalam video itu Ezza kelihatan seperti gembira berpeluang memotong rambut suaminya setelah sekian lama.

"Peluang yang susah nak dapat. Terima kasih kepada bakal anak saya," katanya sambil ketawa.

Remy dan Ezza menyambut kelahiran zuriat pertama mereka pada Khamis di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021

#Remy Ishak #Isteri #Potong #Rambutnya #Relakan
;