Sebelum Ni Cute (Stop Lah Being So Cute)...Terbaru, Harith Zazman Bawa Isteri Jadi Alien Couple Pula!
Tahun lalu penyanyi Harith Zazman ‘meletop’ dengan Single Cute (Stop Lah Being So Cute) dan berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan penyanyi seangkatan.
Jika sebelum ini Harith berkolaborasi dengan penyanyi lain menerusi lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) dan Tak Tahu, kali ini dia tampil solo dengan single Shut Up.
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Harith Zazman, Mage, Pique dan Fahimi Rahmat itu sudah dilancarkan secara rasmi sejak 1 Oktober lalu di bawah terbitan syarikat rakaman Faithful.
Menariknya, video rasmi (MV) lagu Shut Up turut memaparkan elemen kejutan buat peminat iaitu perkongsian mengenai kehamilan isterinya, Nuramalina Ghakashah.
“Ini adalah lagu solo pertama saya. Sejujurnya saya amat takut juga pada awalnya, tapi pengurus saya cakap bila lagi nak buat secara solo kalau bukan sekarang.
“Jadi, hari ini 12 November video muzik rasmi Shut Up dilancarkan. Dalam MV ini akan berkongsi yang mana isteri saya hamil. Jadi ini adalah eleman kejutan yang ditampilkan dalam MV.
“Untuk MV semua idea datang daripada pengarah, Hafreez Amminuddin atau Freeze. Dia memang nak sesuatu yang berbeza daripada saya. Jadi, itu yang timbul idea ‘alien’ dan ‘outer space concept’.
“Ia mengenai ‘alien couple’ yang isterinya berasa kurang selamat dengan ‘alien’ lain tapi suaminya di situ untuk memujuk. Memang ada tarian yang pelik untuk menunjukkan cara si suami memujuk si isteri.
“Apa pun ia pengalaman yang menarik ketika penggambaran dijalankan. Kena tengok betul betul juga di mana ada babak di mana isteri saya mengandung.
Ia secara tak langsung nak berkongsi berita gembira ini. Alhamdulillah,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Nuramalina pada 28 Ogos lalu.
nama penyanyi Harith Zazman dalam industri muzik tanah air. Bukan saja bergelar penyanyi,
Berkongsi mengenai percubaannya bergerak solo tanpa berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi, Harith mengakui timbul rasa gementar.
“Sebelum ini saya berkolaborasi dengan artis lain seperti Loca B dan Tuju. Kali ini pengurus cakap buatlah lagu dan menyanyi secara solo pula.
“Apa saya risau adalah saya ini bukan penyanyi dari awal, jadi agak gementar kalau nak buat persembahan tanpa ada orang di sebelah. Itu yang buatkan saya risau.
“Tapi saya fikir, lama kelamaan kalau nak buat perkara ini serius kena belajar jika mahu terus bergerak solo. Kalau tak bila lagi nak buat,” katanya.
Shut Up boleh didengari semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan Joox manakala muzik video rasmi ini pula boleh ditonton di saluran YouTube Faithful.
Selain itu, anda juga boleh sertai cabaran #ShutUpTolongDiam di aplikasi TikTok untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti pakej ‘movie night’ yang mengandungi barangan ekslusif Shut Up, Kad Hadiah Netflix dan banyak lagi.
Fiza Kamarudin
Fri Nov 12 2021


NIZAM JENTIK-JENTIK KELAKOR KE?| Borak Dulu Baru Kamu
Bukan senang nak buat lawak. Ada disiplin dia sendiri okay. Ni Nizam Jentik- Jentik nak share ilmu sikit. Tapi teka-teki dia lawak ke? Korang kena dengar sendiri! #BorakDuluBaruKamu #BDBK #ZonLawak Muzikal Lawak Superstar 3, setiap Jumaat jam 9.00 malam di Astro Warna atau strim di Astro GO.
![[VIDEO] “Terima Kasih Datuk” – Ning Baizura Hargai Kata-Kata Semangat Daripada Siti Nurhaliza [VIDEO] “Terima Kasih Datuk” – Ning Baizura Hargai Kata-Kata Semangat Daripada Siti Nurhaliza](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/whatsapp-image-2022-08-12-at-9-36-54-am.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] “Terima Kasih Datuk” – Ning Baizura Hargai Kata-Kata Semangat Daripada Siti Nurhaliza
Ning Baizura terima kasih pada Siti Nurhaliza
![[VIDEO] Kan Manis Macam Ni... - Eyka Farhana Bertudung, Netizen Kata Iras Fazura, Amyra Rosli [VIDEO] Kan Manis Macam Ni... - Eyka Farhana Bertudung, Netizen Kata Iras Fazura, Amyra Rosli](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/whatsapp-image-2022-08-12-at-9-36-56-am-(1).jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] "Kan Manis Macam Ni..." - Eyka Farhana Bertudung, Netizen Kata Iras Fazura, Amyra Rosli
Ayu manis muka Eyka Farhana

Nama Dipetik Dalam Live Neelofa, Fazura: “Saya Rasa Ini Tiada Kena Mengena Dengan Saya”
Fazura kata isu berkenaan tiada kena mengena dengan dirinya

Kena Reject Crush, Mulut Laser, Ini Top 5 Karakter Dari Hantu Raya Pergi Perang Paling Relatable
Macam terkena batang hidung sendiri ni huhuhu.

“Saya Penyanyi Dangdut Tak Kan Nak Berdiri Tegak”- Ifa Raziah Jawab Dakwaan Bergelek Di Majlis Akikah
Ifa Raziah Jawab Dakwaan Bergelek Di Majlis Akikah

Salih Yaacob Request Nak Nampak Gigi ‘Rongak’? Semak 3 Momen Menarik Shooting Kalut Nak Kahwin
Memang steady la Salih Yaacob

MLS3: Rupanya Sharif Dah Aim Namie 2 Tahun Lepas! - “Abang Nampak Kau Macam Ada Something Lah”
Ada sebab kenapa Namie tak masuk MLS sebelum ini.

Momen MLS3: Tak Berhenti Jadi Guru, Namie Hanya Ambil Cuti, Katil Zahid Patah & Juri Cringe?
Macam-macam hal eh masing-masing di minggu ketiga hari tu.

Tak Sedar Diri Popular, Prilly Latuconsina Beri Nombor Telefon Pada Peminat
Bintang filem dan pelakon Prilly Latuconsina menceritakan pengalaman lucu sewaktu dirinya awal terbabit dengan dunia seni.