Laman Utama

“Sebelum Ni Maki Aku…”- UPSR Dimansuhkan, Suhaimi Saad Bangga Buktikan Sijil Pelajaran Tak Penting

gempak
Syafiqah Jalal
03/05/2021
12:50 MYT
Sponsor Banner
“Sebelum Ni Maki Aku…”- UPSR Dimansuhkan, Suhaimi Saad Bangga Buktikan Sijil Pelajaran Tak Penting
Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad berbangga apabila pendiriannya yang selama ini tidak mahu menghantar anak ke sekolah seolah-olah disokong dengan keputusan kerajaan apabila memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Dakwa Suhaimi ia membuktikan sijil pelajaran tidak menjamin kehidupan di dunia dan umat Islam perlulah bergantung pada rezeki Tuhan.
“Lagi kebenaran dizahirkan. Sebelum ni ampa maki aku sebab kononnya aku nafikan hak anak anak.
“Nanti anak anak takdak UPSR, takdak PT3, takdak sijil, payah nak kerja, payah nak cari makan. Sekarang makan la sijil UPSR dan PT3 ampa tu.
“Bukalah minda. Hidup mati kita kena bergantung harap pada Tuhan, bukan makhluk.
“Jangan rasa hidup boleh berjaya dengan satu cara saja. Cara yang paling betul adalah cara yang Allah dan nabi tunjukkan,” katanya.
Terdahulu, suami kepada Ina Naim itu terbuka memberitahu pendiriannya yang tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah sebaliknya mengguna pendekatan homeschool yang diajar oleh dia dan isteri.
Pendiriannya itu bagaimana pun telah mendapat kecaman ramai netizen yang berasa Suhaimi sengaja menafikan hak anak-anaknya.
Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live