Hiburan
"Sebelum Umur 30 Mesti Ada Suami" - Ezzaty Abdullah Kongsi Angan-Angan Waktu Kecil Di Hari Lahir Ke-30
Pelakon Ezzaty Abdullah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 hari ini.
Sempena hari istimewanya itu, Ezzaty berkongsi impiannya ketika usia kecil dahulu.
"Alhamdulillah dapat merasa umur 30 tahun hari ini, ingat lagi masa kecil dulu selalu berangan dan pasang impian sebelum umur 30 mesti kena ada suami, anak, spa atau salon (dua-dua saya ada), kereta sebiji dan rumah sebiji.
"Alhamdulillah lagi, semua saya dapat capai, Allah tunaikan impian zaman kecil saya, syukur Ya Allah," tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.
Tambah Ezzaty, usaha dan tidak mudah berputus asa adalah tunjang utama dalam mencapai kejayaan.
"Tak salah berangan dan pasang impian, tapi usaha tu yang penting dan jangan mudah putus asa, banyak sangat ujian nak capai semua ini tapi Allah sentiasa bantu, jangan tinggal solat dan Al-Quran, Insya-Allah ada kepercayaan," tulisnya mengakhiri kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut Ezzaty di ruangan komen, tidak kurang juga beberapa rakan artis.
Rata-rata mereka mengucapkan selamat hari lahir buat pelakon ini dan mendoakan kebaikan untuknya.
Sekadar info, Ezzaty mendirikan rumah tangga bersama pelakon Azwan Kombos pada Julai 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.
Must-Watch Video