“Sebenarnya Ayam Tersebut...”- Dakwa Ayam Goreng Berulat, Gadis Ini Tampil Memohon Maaf Sebar Fitnah Pada McD
Azwa Rahman
25/09/2020 07:01 MYT
25/09/2020 07:01 MYT
Seorang gadis yang mendakwa ayam goreng yang dibeli daripada sebuah restoran makanan segera popular McDonald yang dipenuhi ulat tampil memohon maaf secara terbuka.
Menerusi laman sosial Twitter, pengguna yang bernama Arabella @rabbykrabby menghantar kicauan membuat permohonan maaf dan mendapat perhatian ramai wargamaya.
“Pada 20 September 2020, saya ada membuat kenyataan melalui akaun laman Twitter saya “Arabella - rabbykrabby” dimana saya telah membuat dakwaan secara tersurat atau tersirat bahawa McDonald’s Malaysia menyajikan produk Ayam Goreng McD yang telah tamat tempoh untuk dimakan, kotor, busuk, penuh berulat, tidak selamat dan merbahaya kepada kesihatan pelanggan-pelanggannya.
“Kenyataan di laman Twitter saya tersebut telah menjadi viral dan disiar-ulang melalui laman-laman sosial seperti Whatsapp, Facebook, Twitter dan juga oleh media-media online serta blog-blog tertentu.
“Saya mengesahkan bahawa kenyataan saya itu telah dibuat secara melulu dan tanpa usul periksa oleh saya. Pada hakikatnya, Ayam Goreng McD yang saya paparkan dalam siaran Twitter saya tersebut telah dibeli dan disimpan di rumah saya beberapa hari sebelum itu. Oleh itu, ianya telah terdedah kepada suhu persekitaran yang mengakibatkan makanan tersebut menjadi tercemar.
“Dengan ini, saya memohon maaf kepada pihak McDonald's Malaysia kerana membuat dakwaan-dakwaan yang palsu dan bersifat memfitnah berkenaan produk-produk McDonald’s. Saya sedar bahawa kenyataan saya tersebut telah mendatangkan kesan negatif dan menjejaskan reputasi dan perniagaan McDonald’s Malaysia.
“Saya menyesali tindakan saya dan saya berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan saya ini. Saya juga meminta kepada semua yang telah menerima dan menyebarkan siaran Twitter saya tersebut untuk dengan segera memadam dan tidak lagi mengulangsiarkannya.
“Saya membuat kenyataan ini secara rela hati dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak,” tulis gadis berkenaan.
Pada minggu lalu, gadis tersebut memuat naik sekeping foto ayam goreng yang baru dibelinya dipenuhi ulat dan tular di laman sosial.
Di ruangan komen, ramai yang memberikan pelbagai reaksi terhadap permohonan maaf gadis tersebut.
“Sejujurnya, kalau betul ni memang kerja awak, awak memang kurang ajar gila. Berapa hari kitaorang geli nak makan ayam McD dan ayam KFC sekali pun. Shame on you girl, tak marah, tapi kecewa gila,” tegas seorang wargamaya.
“Lagi kurang ajar bila fitnah tak fikir pekerja yang kerja kat sana macam mana. Orang yang closing balik 3 pagi hari-hari buat cleaning, pull out semua, periksa kualiti semua produk, orang kerja macam nak mampus, perempuan ni kurang ajar boleh fitnah macam tu je,” marah seorang wargamaya.
“Ni mesti tag mcd haritu dengan harapan boleh dapat set ganti free kan? Tu beria. Tapi tu la tak fikir effect apa jadi kat budak yang kerja outlet tu yang jaga bahagian ayam ni. Tak fikir ke dia berisiko tinggi dibuang kerja saat pengangguran tinggi ni?” tanya seorang wargamaya.
“Laaa punyalah aku percaya tapi aku selama 24 tahun makan mcd tak penah lagi jumpa makanan rosak paling-paling kurang pun order lain dapat lain je sebab banyak order. Dah kau simpan ayam tu berhari-hari kau fikir apa? Memang la berulat boleh eh simpan berhari-hari pastu gi makan? Dah beli makan la aiyooo,” komen seorang wargamaya.
“Aku kerja dalam F&B. Mana ada staff atau manager nak hidang makanan berulat macam kau cakap tu kat pelanggan melainkan ada pelanggan macam kau ni bodoh buta tuli. Letih orang Kalau dapat 10 pelanggan macam kau mati terus staff dan manager kat situ,” kata seorang wargamaya.
“Ini perempuan banyak bahaya, boleh jatuhkan mana-mana bisnes org. Pergi makan sekali dapat makanan elok ja dapat kat dia nak pedajal letak apa-apa pastu claim dalam Twitter kata peniaga ni itu ini haaa apo punya perangai,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, permohonan maaf gadis berkenaan telah menerima hampir 6,500 ulang kicau daripada warga Twitter.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.