Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Sebenarnya “Dato” S Tiada Kaitan Dengan Mana-Mana Individu, Cuma…”- Nabil Ahmad

Syafiqah Jalal 22/10/2019 | 10:23 MYT
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menafikan kisah dalam telemovie “Dato” S ada kaitan dengan mana-mana individu yang mempunyai gelaran tersebut di Malaysia.
Sebagai penulis cerita asal serta penerbit telemovie yang ditayangkan di Astro First Eksklusif itu, Nabil berkata “Dato” S mengangkat kisah serta isu semasa yang kian berleluasa di kalangan masyarakat iaitu penipuan duit haram atau scammer.
“Sebenarnya “Dato” S tiada katian dengan mana-mana individu, cuma saya hanya menggunakan watak ini sebagai watak utama yang menjadi dalang kepada segala penipuan yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita.
“Jika ada individu yang bergelar Datuk di luar sana yang terasa itu terserah kerana bagi saya ‘siapa yang makan cili, dia yang terasa’.
“Kita selalu dengar tentang ‘scammer’ dan ramai sudah terpedaya. Jadi saya harap telemovie ini sedikit sebanyak akan membuka mata masyarakat kita supaya lebih berhat-hati tetapi dalam bentuk hiburan.
“Pun begitu, saya turut selitkan konsep aksi-komedi dan plot penceritaan yang mendebarkan supaya ia tidak begitu serius dan mudah diterima penonton,” katanya kepada Gempak.
Nabil ditemui selepas tayangan media “Dato” S yang diadakan GSC di NU Sentral.
“Dato” S dibintangi oleh Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Zulin Aziz dan Putri Aishah itu bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 24 Oktober ini.
#Nabil Ahmad #Kamal Adli #Kamal Adli #Dato S #Telemovie
;