Skip to main content

Rancangan Realiti

"Sebenarnya, Kami Dah Sepakat..." - Rita Rudaini Tak Jangka Kemenangan di Minggu Ke-4 All Stars Buka Panggung

ritru_1.jpg
Dramatis jelita, Rita Rudaini tidak menjangkakan kemenangannya dalam program All Stars Buka Panggung yang berlangsung pada malam tadi.

Berjaya menewaskan Datuk Fizz Fairuz, Johan Asari dan Ruhainies, Rita mendedahkan mereka berempat sudah mencapai kata sepakat untuk melakukan yang terbaik.
 

"Sejujurnya, memang saya tak sangka. Tak jangka langsung saya berjaya bergelar juara. Sebenarnya, kami berempat sudah sepakat untuk 'have fun' sahaja malam ini.

"Apa yang penting, kami mahu menjadikan minggu keempat sebagai minggu paling best dan diingati orang ramai. Menang atau kalah kami tak peduli, asalkan 'happening' dan dapat menghiburkan orang yang menonton ASBP," kata Rita kepada Gempak.

Rita ditemui usai minggu keempat ASBP di Royal Theatre, Shah Alam malam tadi.

Perkara terbabit turut dipersetujui oleh Fizz, Johan dan Ruhainies yang mahu penonton 'enjoy' menyaksikan mereka di atas pentas ASBP.





"ASBP merupakan sesuatu yang sangat unik kerana ia menampilkan sisi lain pelakon seperti kami. Ia memberi cabaran untuk kami menjayakan program realiti 'stagecom' di atas pentas di hadapan ramai penonton secara langsung.
 

"Kami berpakat untuk memberikan persembahan yang penuh bersemangat. Semua mahu 'have fun' dan menikmati momen di atas pentas," ujar Fizz pula.





Rita memenangi RM4,000 berserta trofi dan wang tersebut telah disumbangkan kepada pelakon veteran tanah air yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ramli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra.

Merupakan ahli Persatuan karyawan Malaysia, kini Pak Limra berada di Pusat Jagaan Mahmudah Warga-Warga Tua di Semenyih, Selangor.
 

Rita bakal berentap bersama pemenang episod-episod lain pada pusingan separuh akhir pada minggu keenam nanti.

Pusingan akhir pula akan berlangsung pada minggu ketujuh.

ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.

Program ini menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.

ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Program ini akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.

Foto: Azrul Rafie (Instagram @azrulrafie)

Advertisement

Must-Watch Video