Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Sebenarnya Lepas Kahwin Ni Lagi Rasa Gembira & Bahagia .." - Nadia Brian

Zulaikha Yusof
23/01/2020 02:57 MYT
Pelakon Nadia Brian akui kehidupannya lebih bahagia selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muizz Nasruddin.

Kata Nadia, setiap keputusan yang akan dilakukan selepas ini tidak boleh dari sebelah pihak saja.

"Sebenarnya lepas kahwin ni lagi rasa gembira dan bahagia. Saya seru pasangan yang sedang bercinta lama tu cepat-cepat la kahwin.

"Bila hubungan dah halal ni lagi terasa nikmat bahagia, saya suka.

"Dulu sorang, sekarang dah ada pasangan, jadi setiap keputusan akan dibincang bersama terlebih dahulu. Kita kena dengar daripada kedua-dua belah pihak,' katanya kepada Gempak.

Nadia ditemui ketika majlis pembukaan awal outlet Sephora Fahrenheit88 di Bukit Bintang.

Dibuka mulai 18 Januari, Sephora Fahrenheit88 merupakan pusat kecantikan terbesar di Malaysia yang membawa pelbagai jenis jenama besar dari seluruh dunia.



Dalam pada itu, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi Brian akui tidak merancang dalam soal anak.

"Saya menyerah soal anak kepada Allah. Kami tidak merancang kalau ada rezeki kami menerimanya dengan baik.

"Kalau boleh saya nak dua orang, lelaki dan perempuan tapi Muizz macam nak ramai.

"Namun, dia tidak lah memaksa dalam soal ni, hanya berserah kepada Yang Maha Berkuasa," katanya lagi.

Nadia dan Muiz mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu selepas bertunang pada 4 Mei.
#Kahwin #Nadia Brian #Kahwin
;