"Sebenarnya Saya Bukan Nak Tunjuk Bagus Atau Try Hard, Tapi..." - Khai Bahar Belajar Vokal Dengan Ernie Zakri

Asraf Aided
Februari 7, 2019 11:49 MYT
Penyanyi dan finalis Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33), Khai Bahar mendedahkan dia belajar vokal bersama guru vokal dan penyanyi Ernie Zakri sebelum berentap di pentas AJL 33 Ahad lalu.
Khai berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"Sebenarnya saya bukan nak tunjuk bagus atau try hard, tapi untuk memantapkan dalam nyanyian saya, insha-Allah saya akan terus belajar dan belajar.
"Thank you cikgu Ernie Zakri banyak membantu," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Khai meninggalkan respon positif dengan memuji persembahannya menyanyikan lagu Luluh di anugerah berprestij itu.
Namun begitu, rezeki tidak menyebelahi penyanyi ini, juara AJL33 telah dimenangi oleh Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini menerusi lagu Haram, tempat kedua dimenangi oleh Ara Johari dengan lagunya Bunga, dan tempat ketiga disandang oleh Misha Omar yang mempertaruhkan lagu Sampai Bila.
Manakala persembahan terbaik dimenangi oleh Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu dan kategori vokal terbaik dimenangi oleh Misha Omar.
#Khai Bahar #Ernie Zakri #AJL33