“Sebenarnya Saya Memang Dah Hantar Mak Ke Hospital Swasta Tapi…” – Linda Rafar

Mya Amri
Januari 30, 2019 08:31 MYT
Penyanyi, Linda Rafar mendedahkan situasi sebenar mengenai dakwaan netizen yang mempersoalkan tindakannya yang tidak menghantar arwah ibunya ke hospital swasta.
Kata Linda, dia telah melakukan perkara itu terlebih dahulu sebelum ibunya diminta untuk dipindahkan ke hospital kerajaan.
“Sebenarnya mak saya memang saya dah hantar ke swasta tapi kerana penyakit gigitan serangga itu, kes di sana tidak boleh ambil jadi mak saya terpaksa di pindahkan ke hospital kerajaan.
“Jadi mereka tidak tahu apa yang berlaku. Saya dah hantar dah pun… Ada juga sumber-sumber mengatakan jangan viral pergi ke saluran yang betul…
“Yes, saya dah pergi ke saluran yang betul. Saya dah buat semua tu tapi mereka tidak tahu,” jelasnya kepada Gempak.
Untuk berita penuh, saksikan video di bawah:
BACA: Burukkan Imej Dan Keluarga, Linda Tuntut Permohonan Saman Kepada Lebih 100 Individu
Linda merupakan artis Malaysia pertama yang mengambil tindakan untuk menyaman netizen.
Terdahulu, Linda memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan seorang jururawat yang didakwanya biadap di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat Allahyarhamah ibunya, Rasimah Abd Rahman.
Untuk lebih banyak berita menarik, layari Gempak.com.
#Penyanyi #Penyanyi #Linda Rafar #Saman Netizen