Hiburan

“Sebenarnya saya Tahu Tentang Ayden Jatuh Dekat Sekolah Melalui…” - Aliff Aziz

gempak
Asyikin Mayudin
04/07/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
“Sebenarnya saya Tahu Tentang Ayden Jatuh Dekat Sekolah Melalui…” - Aliff Aziz
Penyanyi Aliff Aziz memberitahu dia hanya mengetahui mengenai insiden anak sulungnya iaitu Ayden Adrean terjatuh di tandas sekolah baru-baru ini menerusi laman sosial.

Tak Mahu Ulas Lebih

Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara yang melibatkan anak-anaknya.

“Sebenarnya saya tahu tentang Ayden jatuh tu melalui medium media sosial. Ikutkan saya tak nak sentuh fasal isu anak-anak sebab saya datang ke sini (mahkamah) untuk kes saya.

“Saya tak nak bercakap tentang perkara lain. Tapi untuk menjawab soalan itu, saya memang dapat tahu tentang Ayden jatuh sekolah itu melalui media sosial, bukan daripada sesiapa,” kata Aliff kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Kongsi Insiden Anak Terjatuh Di Tandas Sekolah - “Mungkin Waktu Itu Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Cuak, Anak Terjatuh Dalam Tandas - "Dapat Panggilan Dari Sekolah, Allahu Berdebar..."
Aliff ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas selesai prosiding bacaan pertuduhan kes khalwatnya dengan aktres, Ruhainies pada Rabu.
Penyanyi kelahiran Singapura itu dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan mahkamah menetapkan tarikh baharu iaitu 17 Oktober depan untuk perbicaraan seterusnya.
Enggan Kenyataan Dimanipulasi
Dalam pada itu, bekas suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah ini juga berkata dia enggan berkongsi lebih mengenai hal peribadi kerana bimbang dimanipulasikan oleh pihak lain.
“Saya beri kerjasama untuk beri komen tentang kes yang berlangsung. Sebab nanti kalau kita tercakap benda yang silap dimanipulasikan atau pun dibuka-buka balik benda yang tidak perlu dibuka buat masa sekarang.
“Jadi, saya rasa jangan kita kaitkan benda lain. Kita selesaikan satu persatu… contoh untuk kes macam ini, kita cerita fasal ini,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Bella Astillah berkongsi detik cemas apabila dimaklumkan anak sulungnya, Ayden Adrean terjatuh di tandas sekolah pada 24 Jun lalu.
Bella memberitahu kemungkinan Ayden tergelincir disebabkan dalam keadaan kelam kabut dan tidak dapat menahan untuk membuang air kecil.
Selepas melakukan pemeriksaan di sebuah klinik, Bella memaklumkan Ayden tidak mengalami sebarang kecederaan dan keadaannya baik-baik saja.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.
Rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya berakhir dengan perceraian buat kali kedua pada 13 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga

​ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Mahu Berehat Dari Segi Mental & Emosi - “Kadang-Kadang Orang Kata Konon Macam Kitalah Yang Terpaling Sedih…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Jawab Dakwaan Tanggung Aliff Aziz Selepas Jadi Duda - “Takkanlah Duit Dia Cepat Habis…”
​ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Sedih Ibu Jadi Mangsa Serangan Netizen - “Kerana Kekurangan & Kesilapan Saya Telah Meletakkan Dia Di Posisi Sebegitu”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live