Terkini
"Sebenarnya Saya Takut Hantu Dan Selalu..." - Dah Kenapa Tu Azza?
Anggota kumpulan Elite dan bintang program Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Azza sering berasa takut untuk tidur seorang diri dan sentiasa memerlukan seseorang menemaninya.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Azza, dia bakal terbang ke luar negara hari ini dan memberitahu kepada mana-mana penganjur yang ingin mengundangnya membuat persembahan agar turut menyediakan tiket untuk pembantunya.
"Stand by nak pergi oversea, flight pukul 12 tengahari, saya adalah penakut tidur sorang-sorang.
"Kalau ada yang nak panggil event stand by dua tiket untuk assistant saya Farah Hidayu.
'Sebenarnya saya takut hantu dan selalu mengigau," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi respon berbeza, ada juga yang berkongsi pengalaman sama.
Pemilik nama sebenar Nor Azzarima Zawari ini mulai aktif di industri hiburan tanah air pada sekitar tahun 90'an dan masih bergiat sehingga kini.
Must-Watch Video