Pelakon dan ikon fesyen popular, Wak Doyok, 42, baru sahaja menghasilkan produk minyak wangi sendiri yang diberi nama Dosa.

Berkongsi di Instagram (IG) miliknya, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md No menyatakan produk itu akan mula berada di pasaran pada April ini.

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)


Walaubagaimanapun, perkongsian itu telah menarik perhatian wargamaya dengan mendakwa ikon fesyen Malaysia itu telah meniru rekaan minyak wangi ternama iaitu Dior Sauvage.

Menurut netizen, bukan sahaja rekaan (design) minyak wangi itu sama malah warna botol juga mirip.

Ketidakpuasan itu telah disuarakan menerusi ciapan di Twitter oleh seorang pengguna yang menggunakan nama @SupremeLeader__.

"Memang la dosa sebab tiru Dior Sauvage," tulisnya.



Rata-rata pengguna lain turut bersetuju malah terkejut dengan tindakan berani mati usahawan itu.

"Sebiji dia tiru tanpa rasa segan silu.

"Ni kalau Dior saman auto miskin.

"Like seriously la Wak Doyok ni?? Sebijik kot. Berani," antara respons yang diterima.

Menerusi ruangan komen di IG, pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu tampil bersuara dengan menyatakan walau bentuk botol sama namun bau haruman berkenaan tetap berbeza.

"Bau lain botol sama," balas Wak kepada seorang pengikut.



Hasil carian Gempak, Dosa dijual dengan harga RM89 dan membawa maksud doa orang soleh dan alim.

Personaliti televisyen yang terkenal dengan fesyen misai dan janggut unik itu juga telah mengehadkan komen-komen daripada pengikut.



Twitter: @SupremeLeader__