Laman Utama
Sebijik! Muka Atlet Angkat Berat Uzbekistan & Pelakon Shaheizy Sam Macam Kembar
Demam Olimpik Tokyo 2020 sedang melanda negara. Macam macam kisah mengenai temasya tersebut yang menggamit perhatian masyakarat.
Selain memberi sokongan padu terhadap para atlet kebangsaan yang sedang berjuang, tidak kurang juga rupa para mereka menarik perhatian seperti yang terjadi kepada perenang negara, Welson Sim.
Terkini, wajah atlet angkat berat kelahiran Uzbekistan, Adkhamjon Ergashev pula menarik perhatian kerana saling tak tumpah seperti rupa aktor terkenal tanah air, Shaheizy Sam!
Advertisement
Hal itu juga turut disedari oleh Sam yang memuat naik sebuah video dengan menyaksikan atlet tersebut berlatih sehingga berjuang di temasya yang masih hangat berlangsung di Jepun itu.
Di dalam kolum kapsyennya, Sam menulis terpaksa merahsiakan penglibatannya dalam temasya Olimpik Tokyo 2020 daripada isterinya, Syatilla Melvin dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.
"Saya terpaksa rahsiakan pada awak @samtilla Maafkan saya MALAYSIA," tulisnya.
Pelakon Polis Evo ini kemudian secara berseloroh menulis: "Takda sapa patut tau yang saya merentas negeri. MITI tak bagi surat." Dia kemudian dilihat turut mentagging nama atlet
@adkhamjon_ergashev di akaunnya.
Video yang dimuat naik itu mendapat perhatian lebih 400,000 pengikut Sam yang kebanyakannya terkejut dan terhibur dengan 'penemuan ajaib' tersebut.
Sementara itu, sedikit informasi mengenai Adkhamjon Ergashev, pemuda berusia 22 tahun ini sedang bertanding dalam kategori angkat berat lelaki 67 kilogram bersama kumpulan A di Olimpik Tokyo 2020.
Instagram: @shaheizy_sam, @adkhamjon_ergashev
Must-Watch Video