,
Gaya Hidup

Sebilangan Besar Kita Hanya Memanfaatkan Kelemahan Orang..." - Afdlin Kongsi Kisah Hebat Pelari Spanyol

Badrul Hashim
19/08/2020
06:22 MYT
Pelakon, penyanyi, pelawak, penerbit dan pengacara Datuk Afdlin Shauki berkongsi satu kisah yang sangat menarik di Instagramnya yang boleh menjadi inspirasi kepada semua yang membacanya dan ingin mengambil iktibar daripada cerita tersebut.
Kisah benar tersebut merupakan kisah perlumbaan larian ke garisan penamat di antara peserta daripada Kenya, Abel Mutai dan peserta daripada Spanyol, Ivan Fernandez.
"Pelari Kenya, Abel Mutai, hanya beberapa meter dari garisan penamat, tetapi keliru dengan papan tanda dan memikirkan dia sudah memenangi perlumbaan dan behenti.
"Seorang pelari Sepanyol, Ivan Fernandez yang berada di belakangnya menyedari apa yang sedang berlaku dan mula berteriak kepada Mutai untuk meneruskan lariannya. Mutai tidak tahu berbahasa Sepanyol dan tidak faham apa yang disampaikan oleh Ivan. Menyedari apa yang sedang berlaku, Ivan menolak Mutai supaya meneruskan lariannya menuju ke garisan penamat," tulis Afdlin.
Tulis Afdlin lagi yang menterjemahkan cerita tersebut daripada tulisan Nii Ayikwei, Ivan kemudiannya di temu bual oleh seorang wartawan selepas tamat pertandingan tersebut.
"Seorang wartawan bertanya kepada Ivan, 'Mengapa kamu melakukan perkara ini padahal kamu boleh menang?' Ivan menjawab, 'Impian saya adalah pada suatu hari nanti kita dapat menjalani kehidupan bermasyarakat di mana kita mendorong diri kita dan saling membantu untuk terus berjaya.'
"Wartawan itu menegaskan, 'Tetapi mengapa kamu membiarkan orang Kenya itu menang?' Ivan menjawab, 'Saya tidak membiarkannya menang, dia sudahpun menang. Perlumbaan ini adalah miliknya.'
"Wartawan itu bertanya lagi, 'Tetapi kamu boleh menang!' Ivan memandangnya dan menjawab: 'Tetapi apa erti kemenangan saya? Apa kehormatan pingat yang saya dapat? Apa yang akan difikirkan oleh Ibu saya?'"
Nilai apa yang kita ajarkan kepada anak-anak dan sejauh mana kita memberi inspirasi kepada orang lain untuk memperolehi kejayaan?
Sebilangan besar daripada kita hanya memanfaatkan kelemahan orang dan bukannya membantu untuk mereka terus berjaya.

Utk kita semua....Kepada semua kwn kwn yg meniaga... ini yang patut kita ajar anak anak kita ....❤️❤️❤️ Pelari Kenya, Abel Mutai, hanya beberapa meter dari garisan penamat, tetapi keliru dengan papan tanda dan memikirkan dia sudah memenangi perlumbaan and behenti. Seorang pelari Sepanyol, Ivan Fernandez yang berada di belakangnya menyedari apa yang sedang berlaku dan mula berteriak kepada Mutai untuk meneruskan lariannya. Mutai tidak tahu berbahasa Sepanyol dan tidak faham apa yang disampaikan oleh Ivan. Menyedari apa yang sedang berlaku, Ivan menolak Mutai supaya meneruskan lariannya menuju ke garisan penamat. Seorang wartawan bertanya kepada Ivan, "Mengapa kamu melakukan perkara ini padahal kamu boleh menang?" Ivan menjawab, "Impian saya adalah pada suatu hari nanti kita dapat menjalani kehidupan bermasyarakat di mana kita mendorong diri kita dan saling membantu untuk terus berjaya." Wartawan itu menegaskan, "Tetapi mengapa kamu membiarkan orang Kenya itu menang?" Ivan menjawab, "Saya tidak membiarkannya menang, dia sudahpun menang. Perlumbaan ini adalah miliknya." Wartawan itu bertanya lagi, "Tetapi kamu boleh menang!" Ivan memandangnya dan menjawab: "Tetapi apa erti kemenangan saya? Apa kehormatan pingat yang saya dapat? Apa yang akan difikirkan oleh Ibu saya?" Nilai apa yang kita ajarkan kepada anak-anak dan sejauh mana kita memberi inspirasi kepada orang lain untuk memperolehi kejayaan? Sebilangan besar daripada kita hanya memanfaatkan kelemahan orang dan bukannya membantu untuk mereka terus berjaya. CP Kredit: Nii Ayikwei

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Semoga cerita yang dikongsikan oleh Datuk Afdlin ini dapat memberikan kita semangat untuk membantu mereka yang memerlukan, dan bukannya mengambil kesempatan ke atas kelemahan dan kurang pengetahuan mereka.
Kredit: Nii Ayikwei
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dilantik Sebagai Pengerusi Baharu FDAM, Datuk Afdlin Shauki Bakal Bawa Pembaharuan

gempak
17/12/2023
09:45 MYT
Tahniah Datuk Afdlin Shauki.
Laman Utama

Afdlin Shauki Sengaja Bagi Mia Sara Watak Berhijab - "Saya Nak Dia Bertudung”

gempak
15/10/2023
03:00 MYT
Mesti cantik bila Mia Sara berhijab kan.
Laman Utama

“Ada Perancangan Tapi Umur Sudah Tua” - Afdlin Shauki Tak Tolak Rezeki Jika Dikurniakan Cahaya Mata

gempak
14/10/2023
11:47 MYT
Doakan yang baik-baik untuk Afdlin dan isteri.
Laman Utama

“Bahagia, Rasa Tenang” - Afdlin Shauki Sahkan Sudah Berkahwin

gempak
24/09/2023
08:21 MYT
Alhamdulillah.
Berita

"Abang Tak Sempat Nak Memohon Maaf Daripadanya..." - Afdlin Shauki Jelaskan Kenapa Dia Kini Lebih Banyak Berdiam Diri

gempak
13/10/2020
00:15 MYT
Semoga Afdlin tabah mengharungi dugaan.
Unitar