,
Laman Utama

“Sebu, Muntah, Naik Biji-Biji Gatal,” - Wanita Hampir Hilang Nyawa Lepas 15 Minit Makan Donut Peach

Mya Amri
21/07/2023
07:40 MYT
Gara-gara ingin mencuba makanan yang sedang tular iaitu ‘donut peach’ membuatkan seorang wanita hampir hilang nyawa.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, wanita itu memaklumkan dirinya mengalami alahan teruk dalam masa 15 minit selepas mencuba buah itu.
Malah dia juga terus dikejarkan ke hospital sebelum masuk ke bahagian kecemasan.
“Donut peach’ dalam kenangan, sekali makan hampir hilang nyawa. Tak semua orang boleh makan, orang itu adalah aku.
“Sekali makan dalam 15 minit, sebu, muntah-muntah, naik biji-biji gatal dan terus kena pergi kecemasan (hospital),” kongsinya.
@sherynaaa02 Membalas kepada @kakakyun doc cakap stop garu2 , tapi sumpah xleh stop .. muka rasa pedih2 , perut sebu angin xkuar ... Muntah2 lagi . Makan buah tu xlama pun . Dalam 15 minit mcm tu ja terus rasa effect . Ini pengalaman saya makan buab donut peach viral tu , lain org lain rasanya . Bila jadi mcm ni sya pun tak sangka , memang sesak nafas dah rasa mcm separuh nyawa ? nasib suami ada baru balik keja , kalau tak xtahu laa mcm mana ? bkan sya gila2 nak terjebak sbab viral , kwan sya bagi sya hargai , sya pun tak salahkan dia . Harap jelas yaaa #donutpeachviral #emergencycases #elergikalahan ♬ suara asli - ???_???〽️ - ???? ??? ?????
Disebabkan itu juga, wanita berkenaan terpaksa menerima suntikan bagi meredakan biji-biji yang timbul di badannya.
“Kena suntik baru rasa macam manusia balik, kalau tak suntik macam beruk sebab menggaru. Doktor cakap berhenti garu-garu, tapi sumpah tak boleh berhenti.
“Ini pengalaman saya makan buah donut peach viral tu, lain orang lain rasanya! Bila jadi macam ni saya pun tak sangka.
“Memang sesak nafas dah rasa separuh nyawa, nasib baik suami ada, kalau tidak tak tahu macam mana.
“Bukan saya tergila-gila nak terjebak sebab viral, kawan saya yang bagi dan saya hargai pemberiannya. Saya pun tidak salahkan dia, harap jelas ya,” maklumnya.
Terdahulu, donut peach menjadi tular kerana bentuknya yang comel selain rasanya yang manis dan extra juicy.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Anak Sebak, Bapa Sanggup Derma Buah Pinggang - “Saya Syukur Dapat Peluang Kedua Untuk Hidup Tanpa Dialisis”

gempak
22/11/2024
05:25 MYT
Selepas empat tahun berjuang sebagai pesakit buah pinggang dan menerima rawatan dialisis, seorang doktor akhirnya melahirkan rasa syukur apabila dia kini tidak perlu lagi berbuat demikian serta boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Unitar