Selepas namanya digugurkan sebagai pelakon bagi drama 100 episod baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini berkongsi yang sebuah lagi produksi drama telah membatalkan penglibatannya semata-mata mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sekali lagi, saya digugurkan daripada job yang sudah lama confirmed. Hanya kerana SOP MKN. SOP diskriminasi… Kenapa perlu ada swab test lagi bila nak bekerja kalau dah vaksin?



“Sama sahaja dengan SOP sebelum sampainya vaksin ni. Semua patuh SOP kena swab test dulu sebelum kerja. Jadi apa bezanya dengan sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke vaksin pun boleh jadi pembawa, apa bezanya?

“Ok bezanya, walaupun memang nak ‘paksa’ walaupun kata ‘tak wajib’, bezanya sekarang Malaysia negara diskriminasi... yang dalam kesusahan kena naikkan bendera putih, tak nak pula usaha pergi cari, yang belum vaksin ni pula kerah usaha pergi cari rumah ke rumah,” tulisnya.

Menurut pelakon berusia 45 tahun itu, ada juga pihak yang mendekati dan menawarkan kepadanya vaksin palsu. Tetapi, Rita memaklumkan yang dia menolak tawaran tersebut dengan alasan mahu mencari rezeki halal.

BACA: “Tiada Diskriminasi Pondan Pengkid Ke” - Rita Rudaini Puji Pahang Benarkan Jemaah Belum Vaksin Solat!

“Ada pihak tawarkan pada saya vaksin tipu-tipu untuk senang bekerja, tapi maaflah, saya mencari rezeki dengan ikhlas, saya tak perlu nak tipu diri sendiri dan orang lain hanya untuk puaskan SOP kerajaan.

“Kerana rezeki kita semua makhluk di muka bumi ni, Allah SWT yang pegang. Bagi saya, ini satu ujian Dia pada saya. Dia nak tengok saya sabar atau kecundang dengan ujian Dia atau tidak… Rezeki kita semua dah tertulis dan saya percaya dengan aturan-Nya. Dia gugurkan sehelai daun pun ada seba. Moga Allah permudahkan urusan kita semua,” katanya lagi.

Menerusi hantaran seterusnya, Rita turut memberitahu yang dia tidak pernah berkira apabila ingin mempromosikan drama lakonannya di media sosial sebelum ini.

“Saya tidak pernah berkira dengan stesen televisyen atau rumah produksi untuk promosi cerita hingga selesai, walaupun tanpa bayaran. Kenapa masa promosi tiada diskriminasi? Saya buat juga untuk memudahkan kerja orang lain…

“Sejak dari awal dulu berlakon, saya tak pernah claim duit tol atau minyak atau parking… sebab saya jadikan itu amal jariah saya. Prinsip saya, kerja dengan ikhlas dan amanah, walaupun sedikit atau banyak.

“Jangan berkira… sebab rezeki semua dah ada bahagian masing-masing. Allah itu memiliki sifat Al-Razzaq,” akhiri Rita.