Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Sebulan Hentam Makan…”- Demi Mahu Buktikan Tak Potong Usus, Man Raja Lawak Sanggup Gemuk Kembali

Syafiqah Jalal
12/10/2021 13:45 MYT
Demi mahu membuktikan bahawa dirinya tidak menjalani pembedahan memotong usus atau bariatric, pelawak Man Raja Lawak sanggup menaikkan semula berat badannya.

Menurut Man Raja Lawak beratnya kini mencecah 91 kilogram (kg) selepas mengambil pemakanan dalam jumlah yang banyak.

“Terkini, 11 Oktober, Isnin..berat abang 91kg..sebulan juga abang hentam makan kaw-kaw tak jaga semata-mata nak buktikan abang tak potong usus..

“Mustahillah usus boleh panjang balik dalam masa sebulan kan?” katanya.

Man berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Man memuat naik foto terbaharunya dengan perut yang sedikit buncit.

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak)


Dengan bukti itu, Man berharap bila dia kurus kembali, tiada lagi yang menuduhnya selama ini kurus kerana mengambil barang terlarang atau mempunyai penyakit kencing manis.

“Lepas ni kalau abang kurus cepat jangan lak cakap abang ambil barang atau kene penyakit kencing manis...,” tegasnya.

Terdahulu, Man berjaya menurunkan berat badannya dengan banyak dan mengejutkan ramai pihak.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Kurus #Diet #Gemuk #Man Raja Lawak #Bariatric #Potong Usus