Sebulan Kahwin, Shila Amzah; "Bahagian Paling Saya Suka Adalah ..."
Asyikin Mayudin
28/08/2023 04:50 MYT
28/08/2023 04:50 MYT
Hampir sebulan bergelar suami isteri, penyanyi terkenal Shila Amzah mengakui kehidupan rumah tangganya bersama suami iaitu pempengaruh Ubai sangat menakjubkan.
Shila yang menjawab persoalan daripada netizen di Instastory baru-baru ini berkata dia berasa gembira apabila suami sentiasa ada disisi ketika sebelum dan selepas bangun tidur.
“Ia sangat menakjubkan setakat ini… sejujurnya, mengambil sedikit masa lagi untuk membiasakannya.
“Tetapi bahagian paling saya suka adalah bila bangun tidur ada disebelahnya dan orang terakhir saya lihat sebelum saya tidur. Alhamdulillah,” kongsi Shila.
Terdahulu, Shila selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.
Sebelum itu, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.
Untuk info, Shilla pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
BACA SINI: Dari Peminat Jadi Suami, Ubai Sanggup Kumpul Duit Belanja Sekolah Nak Beli Album Shila Amzah!