Laman Utama

Sebutan Lirik Nyanyian Tidak Jelas, Netizen Beri Teguran Pada Iman Troye - “Itu Satu Kelemahan Saya..”

gempak
Azwa Rahman
28/10/2021
08:18 MYT
Sponsor Banner
Sebutan Lirik Nyanyian Tidak Jelas, Netizen Beri Teguran Pada Iman Troye - “Itu Satu Kelemahan Saya..”
Penyanyi Iman Troye mengakui dia mempunyai masalah sebutan sewaktu membuat persembahan sehingga menyebabkan ramai pendengar tidak memahami bait-bait lirik yang dinyanyikan.
Menurut Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 18, kelemahan tersebut dikesan sewaktu menyanyikan lagu terbaharunya berjudul Nang.
Di laman YouTube rasmi lagu tersebut, ramai wargamaya memberikan teguran bahawa mereka tidak dapat mendengar sebutan Iman dengan jelas.
“Betul. Bagi saya, itu adalah satu kelemahan saya masih berusaha dalam memperbetulkan kesilapan tersebut. Insyallah untuk lagu-lagu dan persembahan akan datang, saya akan cuba improve serta buat yang lagi baik.
“Segala kritikan, saya terima dengan hati terbuka. Saya bersyukur bila saya buat silap, ada orang yang tegur dan nampak ada orang yang masih fikir pasal saya, menyayangi saya.
“Saya akan cuba buat yang terbaik untuk menjadi yang terbaik selepas ini. Saya harap orang akan terima saya dengan hati yang terbuka dan tegur saya seperti biasa,” ujarnya kepada Gempak.
Iman ditemui ketika majlis pelancaran single terbarunya, Nang dan kempen PTTI 2 Juta Bangkit Belajar di Hotel Pullman, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambah Iman lagi, single terbarunya, Nang telah dihasilkan khas untuknya oleh komposer Ezra Kong.
“Idea lagu Nang ni adalah daripada saya sendiri, Ezra dan juga team XO House. Jadi memang 100% kami yang cipta lagu tu,” jelasnya lagi.
Selain melancarkan lagu, Iman selalu duta bagi pusat akademik PTTI akan menggunakan pengaruhnya bagi menarik lebih ramai pelajar untuk skor di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Hadirnya saya sebagai duta bagi PTTI adalah untuk memberikan motivasi kepada para pelajar. Sekarang kita tengok ramai pelajar yang struggle berhadapan dengan ODL (open and distance learning), saya sendiri pun kena ODL, saya tahu macam mana payahnya mereka semua untuk study,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live