Penyanyi Zee Avi akui harus sentiasa bekerja keras sebagai seorang artis yang bergerak sendiri.

Memetik laporan HLive, Zee mengatakan dia akan sentiasa menghasilkan karya untuk dikongsi kepada para peminat.

"Secara realiti, sebagai seorang artis yang bergerak sendiri, saya harus sentiasa bekerja keras untuk mempromosikan lagu dan album.

"Saya akan selalu menghasilkan karya terbaru untuk dikongsi bersama peminat, jadi sebab itu lah saya harus bekerja keras dalam bidang muzik ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Zee juga merancang untuk mengadakan kolaborasi bersama ramai artis di masa akan datang.

Selain menghasilkan lagu sendiri, saya juga merancang untuk berkolaborasi dengan beberapa artis yang berbeza genre nyanyian di Malaysia untuk karya saya selepas ini," tambah penyanyi kelahiran Sarawak itu.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).