Pelajar masa kini sememangnya mengambil berat tentang perkembangan teknologi terutamanya ketika memilih komputer riba yang mereka mahukan. Komputer riba yang ringan dan nipis akan memudahkan pelajar untuk membawanya kemana-mana bagi menyiapkan tugasan.

Dengan HUAWEI Together 2020 Student Package, para pelajar boleh memiliki HUAWEI MateBook 13 yang sangat ringan dan nipis, semestinya menjadi pilihan paling sesuai! Menariknya, HUAWEI MateBook 13 ini juga hadir dengan HUAWEI Nova 5T dan dua lagi produk yang lain.

Sempena semester baru yang akan tiba, Gempak kongsikan mengenai HUAWEI Together 2020 Student Package yang menawarkan peluang kepada pelajar untuk memiliki komputer riba baru hanya dengan harga serendah RM19.39 sehari, wow…hebat!



Berikut adalah empat produk yang pelajar boleh dapati dari pakej ini, jom kita lihat!

HUAWEI MateBook 13



HUAWEI MateBook 13 adalah computer riba yang paling sesuai untuk pelajar masa kini. Ia direka nipis dengan berat hanya 1.3 kilogram, ternyata memudahkan urusan para pelajar!

Komputer riba ini mempunyai skrin sentuh 13-inci dengan resolusi sehingga 2K. Dari aspek dalaman, HUAWEI MateBook 13 dijana oleh cip Intel Core i5, 8GB RAM dan 512GB storan + GPU NVIDIA GeForce MX250. Ia menjamin kepantasan untuk menyiapkan tugasan dengan cepat.

Selain itu, jika anda menggunakan HUAWEI nova 5T, ia boleh disambungkan dengan komputer riba ini dengan menggunakan fungsi ‘One Tap to Share’ di mana anda hanya perlu menyentuh telefon pintar pada HUAWEI MateBook 13. Dengan cara ini, proses pemindahan maklumat dapat dilakukan dengan lebih pantas. Malahan, anda boleh memindahkan 500 gambar dalam seminit sahaja!

HUAWEI Nova 5T





HUAWEI Together 2020 Student Package juga menawarkan telefon pintar yang lebih canggih dan menepati kehendak semasa. HUAWEI Nova 5T mempunyai 5 AI kamera yang menggabungkan lensa utama 48MP + 16MP lensa ultra-lebar + 2MP Makro + 2MP sensor kedalaman dan lensa selfie 32MP, memang luar biasa kan!


Gambar di atas diambil dengan kamera 16MP lensa ultra-lebar

Selain itu, HUAWEI Nova 5T ini juga mempunyai AIS Super Night Mode yang membolehkan anda mengambil gambar di tempat gelap. Ia juga merupakan telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan ‘7nm mobile AI Chipset’, ‘HUAWEI’s flagship chipset’ dan Kirin 980.



Pelajar yang begesa ke kelas juga tidak harus risau jika tak cukup masa mengecas telefon pintar kerana HUAWEI Nova 5T ini hanya memerlukan 30 minit untuk kuasa bateri sebanyak 50 peratus.

HUAWEI Nova 5T hadir dalam tiga warna unik dalam rekaan kaca 3D Holographic iaitu ‘Midsummer Purple’, ‘Crush Blue’ dan hitam.



HUAWEI Watch GT 2



Dengan memiliki HUAWEI Watch GT, masalah terlepas pandang mesej, email atau maklumat penting tidak akan berlaku lagi di kalangan pelajar kerana jam pintar ini boleh dihubungkan kepada HUAWEI Nova 5T anda, semua notifikasi akan muncul pada jam tangan anda!

Selain memudahkan urusan kerja, jam ini juga menyediakan fungsi pemeriksaan kesihatan. Anda boleh mengira degupan jantung, jumlah kalori dan tahap kualiti tidur. Aspek kesihatan amatlah perlu dijaga bagi menjaga prestasi seseorang pelajar.

Antara keistimewaan lain jam pintar ini adalah ia boleh membuat dan menerima panggilan telefon tanpa perlu membawa telefon pintar, amat sesuai dipakai ketika bersenam.

HUAWEI Watch GT2 juga boleh memainkan muzik kegemaran hanya di pergelangan tangan anda!

HUAWEI Freebuds 3



Ketika mengulang kaji, sudah tentu anda mahu suasana yang senyap dan kondusif. Suasana sebegini kadang-kadang sukar didapati jika tinggal serumah dengan rakan-rakan. Namun begitu, HUAWEI Freebuds 3 dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini.

HUAWEI Freebuds 3 mempunyai teknologi penghapus bising (noise cancelling) yang hebat dan sudah tentu menjanjikan kondisi optimum ketika anda mengulang kaji. Reka bentuknya pula cukup selesa dan boleh dipakai lama!

Bagaimana pula jika anda suka dengar muzik ketika mengulang kaji? Jangan risau…HUAWEI Freebuds 3 boleh disambungkan ke HUAWEI Nova 5T menerusi ‘Bluetooth’ sahaja. Hasil bunyinya sudah pasti mampu mengelakkan rasa mengantuk ketika belajar!



Semua produk diatas direka sesuai dengan siri Mate 30 yang melengkapkan gaya hidup harian anda. Anda juga boleh menghubungkannya dengan produk-produk HUAWEI yang akan memasuki pasaran akan datang. Yang paling hebat adalah anda boleh menggunakan hanya RM19.39 sehari untuk mendapatkan kesemua peranti di atas.



Jika anda bukan seorang pelajar, usah khuatir kerana banyak lagi pakej ansuran lain ditawarkan HUAWEI yang bersesuaian dengan pelbagai gaya hidup masyarakat Malaysia. Harga yang ditawarkan pula tidak membebankan kerana bermula pada RM8.97 sehari, pilih sahaja yang mana anda suka!

Untuk membuat pembelian dan maklumat lanjut, sila layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my/