Laman Utama

Sedang Dilamun Cinta, Che Hafiz Bakal Akhiri Zaman Duda? “Kekasih Pernah Jumpa Dengan Anak Saya”

Asyikin Mayudin
25/09/2022
00:55 MYT
Bekas suami kepada aktres Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, akhirnya terbuka mengenai hubungan cintanya dengan seorang wanita yang enggan tidak dedahkan identiti.
Masih mengenali hati budi, Che Hafiz mengakui dia bagaimanapun mempunyai hasrat membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya tambahan pula, anak perempuannya iaitu Laana Haura, 5, juga menyenangi teman wanitanya.
“Ya, saya sedang mengenali hati budi seseorang dan Insya-Allah, jika dipermudahkan, sudah semestinya saya berhasrat untuk membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya.
“Lagipun, kekasih saya dah pernah berjumpa dengan anak saya dan mereka saling menyenang. Rasanya tiada masalah daripada aspek itu kerana semuanya baik-baik saja.
“Buat masa sekarang, saya tidak mahu terlalu berkongsi kepada umum lagi tapi apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan beritahu,” katanya.
Untuk rekod, Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 namun pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya, pada 17 Jun 2020.
Sementara itu, Che Hafiz turut mengulas mengenai dakwaan dia terlibat dalam kes cubaan menculik anak perempuannya ketika berada di taman permainan di Kota Damansara sekitar Jun lalu.
Tidak melatah dengan dakwaan itu, Che Hafiz menegaskan dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anak.
"Kalau saya nak jumpa anak, saya akan cakap baik-baik dan bukan dengan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya tetap akan cuba dan minta lagi dengan baik… bukan dengan kekerasan.
“Saya akan cuba faham kalau tak dapat jumpa dan tetap sabar serta tak putus asa. Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam.
“Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama 'move on' dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng," ujarnya.
Sekitar Jun lalu, Lufya menerusi laman Instagram mendedahkan dia mengalami kecederaan akibat bergelut dengan penculik yang hampir menculik anak perempuannya di taman permainan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).