Sedang Jalani Sesi Radioterapi, Elyana Teruja Neelofa Hadiahkan Tudung – “Saya Gembira Sangat Hari Ni…”
Fiza Kamarudin
18/06/2021 01:15 MYT
18/06/2021 01:15 MYT
Penyanyi Elyana berkongsi rasa teruja sebaik sahaja menerima pelbagai tudung jenama Naelofar daripada Neelofa.
Elyana menerusi hantaran di Instagram berkata, hadiah tersebut sangat bermakna buat dirinya dan mengucapkan terima kasih kepada Neelofa.
“Saya sangat gembira hari ini. Nak dijadikan cerita saya bawa satu tudung saja ke hospital, tiba-tiba Neelofa bagi saya pelbagai koleksi tudung miliknya.
"Memang rezeki dan sangat bermakna. Terima kasih Neelofa. Saya tak sabar nak lihat koleksi dalam bungkusan ini,” katanya yang sedang menjalani rawatan memasukkan sus uke dalam badan.
Elyana turut menerima kad ucapan kata-kata semangat daripada Neelofa.
“Dear Elyana, awak seorang wanita liar biasa dan sangat kuat melawan ini (kanser), ia memberi saya kekuatan dan inspirasi.
“Semoga Allah memberikan kesabaran untuk awak pada waktu sukar ini. Saya doakan awak cepat sembuh, InsyaAllah.
“Salam sayang, Neelofa,” katanya.
Sementara itu Elyana yang tetap ceria dan bersemangant walaupun sedang menjalani rawatan radioterapi, mendoakan agar Neelofa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.
"Baru habis radioterapi terus dapat hadiah. Alhamdulillah. Semoga Neelofa murah rezeki dan bahagia selalu," katanya.
Elyana yang menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun lalu, sebelum ini mengakui kanser sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal peha.
Dengan berat badan sekitar 35 kilogram, Elyana kini menjalani sebanyak 10 sesi radioterapi.
Memetik Utusan, Elyana berkata: "Saya sekarang susah untuk bernafas kerana kanser ini sudah berada di tengah-tengah dada. Jadi, ia telah menyempitkan saluran pernafasan.

“Saya nak bernafas seperti biasa memang susah. Kalau orang normal bernafas 100 peratus, saya kini bernafas dalam 20 peratus sahaja.”