Hiburan

Sedang Lalui Detik Sukar, Ada Pula Manusia Tak Punya Hati Sanggup Buka Akaun Instagram Palsu Hidayah & Hamzah

gempak
Badrul Hashim
22/02/2020
12:37 MYT
Sponsor Banner
Sedang Lalui Detik Sukar, Ada Pula Manusia Tak Punya Hati Sanggup Buka Akaun Instagram Palsu Hidayah & Hamzah
Ketika melalui detik sukar kehilangan suami tercinta, Nor Hidayah Mohd Ali, balu kepada Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey kini dimomokkan pula dengan kehadiran akaun Instagram palsu yang menyamar sebagai dirinya.
Tidak cukup dengan itu, akaun palsu juga dicipta untuk anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey atau panggilan manjanya Hamzah.
Perkara ini dikongsikan oleh abang kepada Hidayah, Azmir yang kini menjaga akaun Instagram milik Hidayah yang sedang dalam edah.
Dua akaun palsu yang menggunakan nama @dayahuthman sudah mempunyai lebih 6,000 pengikut manakala akaun palsu @hidayahabam02 mempunyai 401 orang pengikut.
"Ramai mengambil kesempatan sanggup buat akaun ig fake! Pada semua jangan follow dua ig ni ya. Tolong report ramai-ramai ya," tulis Azmir mewakili Hidayah.
Pada masa yang sama, terdapat juga satu akaun palsu yang dicipta atas nama anak Abam dan Hidayah, Syed Uthman Hamzah menggunakan akaun @syeduthmanhamzah. Akaun palsu ini sudah mempunyai 1,100 orang pengikut.
"Lagi fake akaun atas nama Hamzah pulak. Untuk pengetahuan semua ig hanya 1 ig ni sahaja kepunyaan Hidayah. Selain dari itu, bukan. Mohon semua bantu report," tulis Azmir pada satu entri lainnya.
Semoga kita semua yang mempunyai akaun Instagram dapat membantu membuat laporan kerana kita tidak tahu apa tujuan orang yang mencipta akaun palsu tersebut. Jika ianya disalahgunakan, mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak, balu serta keluarga Allahyarham Abam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live