Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sedang Leka Memancing, Seorang Lelaki Terjumpa Gambar Pasangan Suami Isteri Dalam Sampul Dipercayai Untuk Tujuan ‘Sihir’

Shahrin Zulkifle
26/09/2022 06:00 MYT
Tular di laman Facebook apabila seorang lelaki terkejut selepas menjumpai satu sampul surat yang diikat dengan sebiji batu bata ketika sedang memancing ikan sebelum menariknya ke dasar.

Menerusi hantaran yang dimuat naik akaun @OrangKotaTinggi, difahamkan kejadian berlaku di bawah Jambatan Telok Sangat, Senai, Johor.

Lelaki berkenaan kemudiannya bertindak membuka sampul surat yang diikat pada batu tersebut.

Alangkah terkejutnya apabila mendapati surat berkenaan mengandungi gambar pasangan dipercayai suami isteri yang digunakan untuk tujuan sihir.

“Begini cerita ketika saya sedang memancing ikan di bawah Jambatan Telok Sengat (Jambatan Highway E22 Senai - Desaru), saya terjumpa satu sampul surat yang diikat dengan batu didalam air kemudian saya ambil bawa naik kedarat.

“Setelah dibuka dalam sampul surat mengandungi gambar seperti pasangan suami isteri.

“Andai tuan empunya gambar ada sesuatu berlaku terhadap dirinya atau ahli keluarganya. Mungkin ini penyebabnya ada orang cuba santet(sihir) ahli keluarga anda.

“Bila saya amati ianya seperti sihir pemisah gambar kiri perempuan ditutup seperti tanah hitam ataupun tanah kubur selebihnya lagi saya tak berani nak belik kerana bulu roma dah berdiri,” kongsinya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya mendoakan pasangan pada gambar berkenaan agar sentiasa dalam lindungan Tuhan.

Malah, ada seorang lelaki yang mendakwa bahawa individu dalam gambar tersebut adalah rakannya dan memaklumkan kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Viral #Berita #Sihir