Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Sedang Mengenali Hati Budi” - Sam Bunkface Temui Pengganti

Azwa Rahman 17/02/2020 | 11:13 MYT
Vokalis Bunkface, Sam mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita yang dikenali sebagai Eifa.
Menurut Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Mohd Baharom, 32, dia telah mengenali gadis berusia 25 tahun ini sejak beberapa bulan yang lalu.
“Dia seorang teman baik yang selalu sokong saya.
“Dia bukan daripada industri seni tanah air dan tiada siapa kenal dia. Dia merupakan seorang teman yang diperkenalkan oleh pengurus saya,” ujar Sam kepada Gempak.
Sam dan Eifa ditemui ketika majlis sidang media Riot Fest yang diadakan di Panggung Asia, Setor Gombak, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Tambah Sam lagi, dia tidak menolak sebarang perancangan untuk menamatkan zaman duda.
“Insya-Allah kalau ada rezeki, ada. Doakan saya. Itu je yang saya boleh cakap.
“Alhamdulillah Maleeq okay, tiada masalah,” tutur Sam lagi.
Imbas kembali, Sam telah berkahwin pada 25 April 2015 dan telah bercerai dengan bekas isterinya Aida Azira Husin pada Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia empat tahun.
#Bercinta #Selebriti #Pasangan
;