Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sedap Laung Azan Sampai Netizen Minta Buat Lagu Ketuhanan? Ini Jawapan Hady Mirza!

Hanafis Haris
08/01/2020 08:31 MYT
Baru-baru ini viral sepotong rakaman video memaparkan juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Hady Mirza melaungkan azan di sebuah acara dipercayai di Singapura .

Melaungkan azan dengan cukup merdu dan mendayu, kebolehan Hady Mirza yang juga juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019) itu mendapat pujian ramai.

BACA: "Menyanyi Boleh Takkan Azan Tak Boleh…" - Hady Mirza Perjelas Video Viral Laungan Azan

Namun, di sebalik pujian berkenaan ramai juga antara netizen yang mengharapkan Hady menghasilkan lagu berkonsepkan ketuhanan.

Menurut Hady, dia sebenarnya tidak pernah menutup apa saja peluang yang ada.

"Malah, saya juga ada berhasrat untuk menghasilkan lagu bercorak sebegitu," katanya.

Tambah Hady, dia juga turut menyimpan hasrat untuk berkolaborasi komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun.

"Saya ada juga niat untuk menggunakan khidmat Hafiz Hamidun tapi itu hanya perancangan hajat awal saya saja.

"Perkara sebegini kenalah dengan channel atau saluran yang betul," katanya.

Sementara itu, pada yang tidak tahu Hady juga merupakan hos program dan nyanyian terbaru Dansa Dan Sing.

Konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).

Program ini juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

BACA: "Saya Yakin Boleh Buat Lebih Baik" - Gementar Mengacara? Ini Komen Hady Mirza

#Viral #Viral #Dansa Dan Sing