gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bella Astillah Menangis Gembira Syed Saddiq Dibebaskan - “Dia Jujur, Berani, Ikhlas, Sebab Itulah…”
HIBURAN
“Alhamdulillah, Dah Boleh Kahwin!” – Syed Saddiq Bebas Tuduhan, Peminat Terus Doa ‘Wedding Of The Year’ Dengan Bella Astillah
VIRAL
"Teruslah Membenciku Wahai Dunia" - Kieda Crepe Kongsi Luahan Hati Lagi, Janji Terus Lindungi Ibu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

“Sedap Masakan Dia” - ‘Mat Salleh’ Jual Makanan Tradisi Hungary Di Bota Perak Tarik Perhatian Netizen

Azwa Rahman
Azwa Rahman
19/06/2020
07:01 MYT
Sponsor Banner
“Sedap Masakan Dia” - ‘Mat Salleh’ Jual Makanan Tradisi Hungary Di Bota Perak Tarik Perhatian Netizen
Seorang ‘mat salleh’ yang menetap di sebuah pekan kecil di Perak mencuri perhatian wargamaya apabila tular di laman sosial.
Namun, kelibat orang putih tersebut yang dikenali sebagai Adam Abdullah yang berasal dari Hungary sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Kampung Gajah dan Bota.
Adam berkahwin dengan seorang wanita Islam dan kini menjalankan perniagaan menjual makanan tradisi Hungary iaitu langos untuk warga tempatan.
Langos merupakan sejenis roti yang digoreng garing dan ditaburkan keju di atasnya sebelum dimakan.
Manakala langos versi adam dan isterinya pula telah disuntik elemen tempatan mengikut citarasa rakyat Malaysia.
Antara perisa langos ciptaan Adam dan isterinya ialah kaya yang dimasak sendiri, coklat, sambal bilis rangup, bawang putih minyak zaitun serta keju krim masam.
Hasil tinjauan Gempak di Facebook, ramai yang menyenangi kehadiran Adam dan Langosnya.
Malah, mereka yang telah mencuba longos Adam dan isterinya turut berkongsi keenakan makanan tersebut.
“Terbaik langos kakak dengan abang mat saleh ni. Kaya dia terbaik,” ujar seorang wargamaya.
“Pernah nampak di pekan Selasa Kampung Gajah tapi tak pernah singgah. Lepas ni boleh cuba,” komen seorang wargamaya.
“Terbaik memang sedap. Alhamdulillah,” puji seorang wargamaya.
“Dah pernah makan Langos Adam dan isterinya ni. Sedap bagi saya,” tulis seorang wargamaya lagi.
Untuk anda yang mahu merasa Langos boleh ke rumah mereka di Jalan Teluk Intan, Kampung Telok Bakong Hulu, 32900 Lambor Kanan, Perak.
Waktu beroperasi adalah pada jam 3 petang hingga 7 malam pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Sumber: Viral Perak
Topic Berkaitan
#Perak
#Langos Bota
#Orang putih
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement