"Sedap Tunjal Kepala Anak Orang, Kau Ingat Mak Bapa Dia Hantar Dekat Situ Free Ke" - Feeya Iskandar

Rozaimi Zubaidi
Ogos 14, 2018 06:11 MYT
Penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah mengakui kesal apabila masih ada pihak yang mendera kanak-kanak di pusat pengasuh.
Menerusi entri di Instagram (IG), Feeya berharap agar tindakan dapat diambil dan setiap pengasuh harus menjalani ujian mental sebelum menjaga kanak-kanak.
"Bila tengok video ni terus jadi takut nak hantar anak ke taska atau pengasuh.
"Sedap-sedap kau tunjal kepala anak orangg ye kau ingat mak bapak dia hantar kat situ free ke?
"Dengan budak boleh lah kau tunjal. Budak tak melawan. Kalau yang sebaya kau, rasa kerusi tu melekat dekat kepala kau.
"Pengasuh atau sesiapa sahaja yang nak jaga budak-budak ni seeloknya kena jalani ujian mental. Apa perasaan kalau benda yang kau buat tu, orang buat pulak kat anak kau eh," tulisnya.
Semalam tular di media sosial apabila sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak di dera di pusah penjagaan.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#Penyampai radio #Feeya Iskandar