Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menarik perhatian ramai apabila menyampaikan lagu Ku Bersuara milik Ernie Zakri.

Menyampaikan lagu tersebut menerusi aplikasi Smule, rata-rata peminat memuji kelunakan suara penyanyi yang lebih mesra dipanggil Tokti itu.

Namun, apa yang lebih menjadikan lagu berkenaan bertambah istimewa adalah penampilan anak Tokti sendiri iaitu Siti Aafiyah.

Suara Aafiyah muncul di akhir-akhir lagu berkenaan.

Bagi anda yang mahu mendengar nyanyian penuh Tokti, boleh lihat video di bawah.


Sementara itu, nyanyian Tokti itu turut mendapat perhatian penyanyi asalnya Ernie.

Menerusi Twitter Ernie memberitahu dia amat sukakan nyanyian berkenaan tambahan pula terdapat penampilan khas.

"Love love love! Paling best sebab ada Aafiyah," katanya.