,
Hiburan

Sedar Diri Kurang Popular, Nadia AF6 Pernah Kecewa Karier Nyanyian Tak Menyerlah

Kamaruddin Razal
26/09/2017
13:00 MYT
Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6, Nadia Hasnan mengakui dirinya pernah kecewa kerana karier nyanyian tidak menyerlah.
“Saya sedar yang saya kurang popular dan karier nyanyian juga tidak menyerlah biarpun saya telah berusaha. Dahulu saya pernah rasa kecewa dengan perkara tersebut.
“Kini, saya buang jauh-jauh rasa itu. Saya bersyukur kerana rezeki itu masih ada dan tidak putus. Walaupun bidang nyanyian tidak menyerlah, saya masih mendapat tawaran persembahan.
“Saya juga mengembangkan bakat dan tidak hanya bergantung kepada bidang nyanyian. Selain menyanyi, saya juga menerima tawaran untuk menjadi pengacara dan penyampai radio sambilan di Era FM.
“Sekarang, saya tak kisah kalau saya tidak popular, asalkan rezeki itu masih ada dalam bidang hiburan,” kata Nadia.
Menyentuh mengenai AF Megastar, Nadia mengakui yang dia turut menyertai sesi uji bakat untuk program tersebut.
“Saya ada menyertai uji bakat untuk AF Megastar. Namun begitu, saya tidak terpilih untuk ke peringkat akhir.
“Insya-Allah, ada rezeki lain menanti. Saya berharap peserta yang sedang bersaing dalam AF Megastar memberikan persembahan yang baik setiap minggu untuk menghiburkan penonton,” katanya ketika ditemui di majlis perlantikan ikon Variation Zone Festival 2017 yang diadakan baru-baru ini.
Pelakon Zarina Zainuddin dilantik sebagai ikon Variation Zone Festival 2017 yang bakal berlangsung pada 13 Disember hingga 17 Disember 2017 di The Strand, Kota Damansara.
Variation Zone Festival merupakan acara sulung anjuran Wyn Wyn Event Sdn Bhd. Pengunjung Variation Zone Festival bakal berpeluang untuk melihat dan membeli pelbagai produk dan makanan daripada 150 booth.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram @nadiahasnan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Unitar