Diam-diam rupa-rupanya penyanyi pop antarabangsa Ariana Grande telah pun berkahwin pada Sabtu lalu.

Kata jurucakap penyanyi itu kepada People, Ariana dan pasangan, Dalton Gomez sah telah berkahwin dalam majlis yang hanya dihadiri 20 orang tetamu.

"Mereka dah berkahwin. Ia hanya majlis ringkas dan kecil-kecilan saja. Hanya 20 orang tetamu hadir meraikan pasangan itu," katanya.

Pasangan itu berkahwin di kediaman Ariana di Montecito, California, Amerika Syarikat.

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande)


Ariana, 27, sebelum ini mengumumkan telah mengikat tali pertunangan bersama Dalton, 25, pada Disember tahun lalu menerusi hantaran sekeping foto cincin pertunangan.

Mereka mula berpacaran pada Januari 2020 dan meluangkan masa bersama sepanjang tempoh lockdown di Los Angeles.