Sedekad Hilang Tanpa Berita, Ini Khabar Terbaharu Dari Anita Sarawak!
Awani
21/06/2021 15:15 MYT
21/06/2021 15:15 MYT
Sudah sedekad Anita Sarawak berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat. Tiada khabar atau cerita tentang penghibur nan satu ini.
Kerinduan terhadap artis legenda kelahiran Singapura itu terus menjadi tanda tanya, tiada siapa termasuk media dapat mengesan ke mana Anita pergi 'membawa diri'.
Bukan sekali wartawan hiburan cuba menjejaki Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah, namun, tidak ada sebarang petunjuk di mana kedudukan mereka.
Namun begitu, sebaris jawapan yang ditulis oleh Mahathir kepada mesej yang dikirim wartawan hiburan, Shuib Taib di akaun Instagramnya menjawab segala tanda tanya ramai.
"Thank you so very much Shuib. We miss you," demikian jawapan yang ditulis Mahathir sebagai membalas kiriman ucapan hari lahir daripada Shuib buatnya.
Kegembiraan dan keterujaan Shuib menerima jawapan tersebut dikongsi beliau di akaun Instagramnnya.
Sekalipun hanya pendek jawapan itu, namun mesej yang dibalas Mahathir juga memberi kelegaan kepada Shuib yang sememangnya akrab dengan pasangan itu.
"Abang Mahathir dan Kak Nita sihat seadanya, mereka mahu menikmati hidup yang normal," kata Shuib berkongsi cerita dengan Astro AWANI tanpa memaklumkan di mana pasangan itu kini menetap.
Anita yang juga anak kepada seniman dan seniwati legenda, Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan Allahyarham Siput Sarawak mesra disapa sebagai Kak Nita manakala suaminya pula dikenali sebagai Abang Mahathir.
Dalam kalangan wartawan hiburan tanah air, Shuib dikenali sebagai individu yang sangat rapat dengan Anita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohamed Taib.
Semasa berkhidmat dengan akhbar New Straits Times, Shuib merupakan pengamal media yang sering menulis mengenai penyanyi yang pernah popular dengan lagu Akhirnya Kini Pasti dan Cinta Nan Satu itu.
Sumber: AWANI