Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Sedekahkan Al-Fatihah Bila Saya Sudah Tiada…” - Nidza Afham

Asyikin Mayudin
15/08/2024 02:24 MYT
“Sedekahkan Al-Fatihah bila saya sudah tiada,” itu antara status terakhir yang dimuat naik Allahyarham penyanyi Nidza Afham di platfrom Thread.

Status yang dikongsikan abang kepada penyanyi Aufahanie itu dimuat naik ada 27 Ogos tahun lalu.

Malah, netizen juga sudah mula memenuhi ruang komen di perkongsian tersebut dengan meluahkan rasa sedih dan hiba membaca status tersebut.

“Sedihnya… walaupun post lama, Al-Fatihah (dibaca) untuk awak.

“Aku tak boleh la walaupun post ini dah lama.

“Hari ini kami semua sedekahkan Al-Fatihah buat kamu, Afham,” antara komen wargamaya.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang pada malam, Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.

Sebelum ini polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang Selasa selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

Nidza bagaimanapun gagal dihubungi sebelum teman wanitanya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang.

Keluarga yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui telefon dan dompet milik mangsa.

#Aufahanie #Thread #Abang Aufahanie #Nidza Afham #Mayat Nidza Afham #Mayat ditemui