“Sedekahkan Pada Arwah Papa...” - Sebak! Nora Danish Menangis Teresak-Esak Berjaya Khatam Al-Quran

Azwa Rahman
Mei 14, 2020 09:39 MYT
Pelakon jelita Nora Danish bersyukur apabila berjaya khatam Al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Menerusi laman sosial Instagram, Nora memuat naik sekeping foto memeluk Al-Quran untuk tatapan umum.
“Ya Allah syukur alhamdulillah, mengalir air mata kegembiraan. Macam tak percaya dapat khatam Al-Quran pada 9 malam terakhir Ramadan.
“Nampak mudah khatam ni bagi sesetengah orang tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora yang padat niat nak khatam bertahun-tahun tersekat.
“Terima kasih kepada pengikut yang mendoakan setiap kali saya kongsi perjalanan khatam. Perjalanan khatam ni juga tidak akan sempurna tanpa doa suami dan ibu tercinta. Suami yang banyak bersabar mendengar suara sumbang setiap hari. Ada hikmah PKP ni. Bagi saya, boleh fokus 110%,” tulis Nora sebagai kapsyen.
Malah, Nora turut berkongsi cara bagi orang lain yang mahu menghabiskan bacaan Al-Quran.
“Pada mulanya satu muka surat nak habiskan rasa susah. Lama-lama lima muka surat jadi 10, jadi 20, jadi 30 dan seterusnya boleh cecah 150 muka surat satu hari.
“Sampai rasa tak sabar nak bangun tidur dan mula mengaji. Berkat doa sungguh-sungguh lepas Subuh sampai menangis minta Allah beri jalan mudah untuk mengaji,” tulisnya lagi.
Tambah istimewa apabila momen berharga ini, Nora sedekahkan pada arwah bapanya.
“Nak sangat hadiahkan pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ni. Semoga rohnya dicucuri rahmat dam ditempatkan di kalangan orang beriman. Ampunilah dosanya ya Allah. Terimalah bacaan hambamu yang tidak sempurna ini ya Allah,” luah Nora lagi.
Selain Nora, antara selebriti lain yang turut menggunakan kesempatan PKP untuk menamatkan bacaan Al-Quran adalah pelakon dan penyampai radio Siti Elizad.
#Nora Danish #PKP #Khatam Al-Quran