Pelakon yang popular dengan watak Hantu Kak Limah, Dalimawati Ismail bersedia untuk menamatkan zaman janda.
Kata Dalimawati, dia akui kesunyian dan inginkan teman untuk menemaninya ketika ketiadaan anak-anaknya di rumah.
"Lumrah seorang manusia, saya pun ada masanya terasa sunyi dan mahukan seorang teman.
"Paling-paling tidak pun saya mahukan teman untuk ke surau dan orang untuk berborak.
"Saya pun mahu orang menjaga saya ketika sakit demam. Sekarang ni kemana-mana saya berseorangan termasuklah ke set penggambaran," luah Dalimawati.
Perasaan sunyi itu lebih menebal apabila anak bongsunya yang kini tinggal bersama di Puchong bakal berkahwin tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Dalimawati memberitahu jarang ada lelaki yang ingin mendekatinya kerana menganggap dia bercitarasa tinggi.
"Orang kata saya high taste sebab itu tak ada yang berani nak dekat.
"Kalau boleh saya inginkan seorang lelaki yang boleh membimbing saya dalam agama Islam dan melapangkan dada.
"Muda? Jangan muda sangat. Apapun, saya tak mencari, kalau ada jodoh saya tak tolak," tambahnya.
Dalimawati pernah dua kali mendirikan rumah tangga dan dikurniakan lima cahaya mata.
Pelakon itu semalam diarak seperti pasangan pengantin sebenar bersama pelakon gandingannya, Mr. K dalam gimik untuk mempromosikan filem terbaharu Hantu Kak Limah.
Filem trilogi Hantu Kak Limah yang akan ditayangkan pada 9 Ogos nanti.
Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid turut dibintangi oleh Datuk Awie, Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim dan Datuk Seri Vida.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @dalimawati
Amri Hassan
Wed Jun 27 2018
Orang Kaya Dubai Memang Next Level, Angkat Kenderaan Pakai Bot, Main Jet Ski Pasca Banjir
Dunia barangkali melihat banjir yang melumpuhkan bandaraya Dubai sebagai sebuah bencana.
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.