Berita
Sedia Berkahwin Pada Usia Muda, Ismail Izzani Tak Tolak Jodoh Dengan .....
Penyanyi Ismail Izzani mengakui bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia yang muda.
Menurut Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mail menjelaskan dia tidak menolak jika berkahwin awal dan disatukan bersama Shalma Eliana.
"Sebenarnya target saya adalah untuk berkahwin pada usia muda dan kalau ada rezeki saya terima, kerana siapa kita untuk menolak rezeki.
"Kalau dah rezeki depan mata, takkan saya nak tolak namun buat masa sekarang kami hanya berkawan rapat dan banyak berkongsi tentang kerjaya.
"Perkahwanan ini merupakan sesuatu yang baik jadi apa salahnya kerana bukan buat benda yang jahat.
"Saya memang rapat dengan family dia dan kitaorang ok je berkawan bersama-sama," katanya kepada HLive!.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video