Pelakon dan penerbit Fadzil Zahari memberitahu bakal menerbitkan sebuah drama berkisarkan golongan LGBT (lesbian, gay, transgender, biseksual).

Drama yang diberi judul Demi Tuhan Aku Bersaksi itu bakal disiarkan di sebuah stesen televisyen tempatan sekitar bulan September nanti.

"Telefilem itu sudah selesai penggambaran pada awal Ramadan lalu dan akan dihantar kepada pihak stesen televisyen untuk penilaian selanjutnya.

"Sebenarnya kami di Prokuya Studios pun terkejut bagaimana naskhah itu boleh diluluskan sebab biasanya isu sensitif sebegini tidak akan lulus tayangan. Mungkin sekarang tengah hangat isu LGBT dan ada kisah membabitkan pelajar pondok yang terkait isu sama juga.

"Naskhah itu akan mengikut guideline yang telah ditetapkan oleh pihak stesen televisyen, misalnya tidak boleh memaparkan imej lelaki berpakaian wanita secara langsung.

"Jadi, kami mengambil pendekatan untuk menyudahkan penggambaran terlebih dahulu dan pihak stesen televisyen akan putuskan produk akhir untuk disiarkan kelak," katanya kepada Gempak.

@syafienaswip in #DemiTuhanAkuBersaksi telemovie RTM

A post shared by Prokuya Studios (M'sia) (@prokuyastudios) on

Tamat sudah sebuah naskah telemovie arahan kak @eyrahman22 .. inshaallah semoga karya ni menjadi karya yg terbaik dr @prokuyastudios .. maaf kan sy kalo ade kekurangan dlm pembawakan watak sbb terlalu kepenatan.. tp sy cuba yg terbaik utk karya ini.. kepada pemain pemain @syafienaswip @taiyuddinbakar plakon plakon baru crew department, technical department sy mengucap kan terima kasih bnyk.. kalau ade salah dan silap mintak maaf banyak2 korang mmg the best.. tp make sure next time close up sy pakai drone tau ??? inshaallah hahahahaha #demituhanakubersaksi #latiff #commingsoon #akandatang #lamatakdapatnaskahygbaik

A post shared by Fezrul Khan Junaidi ™️ (@fezrulkhan) on



Drama itu kata Fadzil diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di tempat pengajian dan watak utamanya dijayakan oleh Syafie Naswip dan Fezrul Khan.

"Kalau kita tengok isu ini bukan hanya di tempat tertentu sahaja bahkan di sekeliling masyarakat kita. Kadang-kadang kisah yang berlaku di tempat tertentu diselindungkan.

"Jadi apa yang dipaparkan dalam telefilem ini adalah kisah yang pernah terjadi di pusat pengajian dan kami mengambil pendekatan untuk memberikan pengajaran kepada penonton," jelasnya yang mendapatkan khidmat Eyra Rahman sebagai pengarah.

Bismillahirrahmanirrahim... 1st day shooting Telemovie RTM with our director Eyra Rahman. Our producer Fadzil Zahari & all our great cast ☺️ Syafie Naswip Fezrul Khan Aman Graseka Sheila Mambo Melanie Tan Taiyudin Bakar #DemiTuhanAkuBersaksi

A post shared by Prokuya Studios (M'sia) (@prokuyastudios) on