Pejam celik, pejam celik tinggal kurang dari seminggu lagi umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Biarpun sambutan ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya disebabkan pandemik Covid-19 namun tetap akan diraikan.

Bagi mengekalkan 'mood' raya, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd tampil dengan sebuah lagu yang berjudul Kampung Aku LIT.

Kampung Aku LIT menampilkan penyanyi Lil J yang merupakan salah seorang penyanyi rap yang dicungkil bakatnya oleh Joe Flizzow menerusi program 16 Baris.

Lagu ini turut menggabungkan Bunga yang dikenali dengani gadis melayu yang bertudung dan berbaju kurung bersama Kidd Santhe.



Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd berkata Lil J telah membuktikan kemampuannya untuk bertapak dalam industri muzik tempatan, di mana baru- baru ini dia diberi kepercayaan untuk membuat persembahan di pentas yang berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu dan mendapat slot untuk masuk ke Yo! Rap MTV Asia.

Selepas kejayaan lagu IMSO kolaborasi bersama dengan Alan D dan MK K-Clique kini dia lahir dengan single terbaru Kampung Aku LIT . Lagu ini saya yakin akan dapat memberikan kelainan untuk pencinta muzik," katanya.



Kampung Aku LIT merupakan lagu hasil ciptaan komposer DJ Biggie & Kidd Santhe Of Monster Sound dan lirik pula dari Lil J, Bunga & Kidd Santhe. Lagu ini bergenre Hip Hop Rap dan Lil J diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu ini. Keunikan tentang lagu ini adalah dari segi susunan muziknya dan seiring dengan kehendak pendegar supaya diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Manakala lirik video sudah boleh ditonton di Youtube Channel Rocketfuel Network sejak 11 May 2020.