Hiburan

“Sedih Dah Habis, Harap Ada Season 3” - Episod Akhir Romantic Dr Teacher Kim, Han Suk Kyu Bagi Hint?

gempak
Mya Amri
26/02/2020
09:18 MYT
Sponsor Banner
“Sedih Dah Habis, Harap Ada Season 3” - Episod Akhir Romantic Dr Teacher Kim, Han Suk Kyu Bagi Hint?
Pelakon Korea, Han Suk Kyu akui berasa sedih apabila episod akhir drama lakonannya Romantic Dr. Teacher Kim bakal ditayangkan malam ini.
Menurut Suk Kyu, wataknya sebagai Dr. Kim telah mematangkan dirinya.
“Watak Kim Sa Bu banyak memperlihatkan perspektif dari sudut kehidupan masyarakat yang ada pada setiap orang.
“Menerusi karakter tersebut, sebagai seorang manusia saya dapat belajar banyak perkara, saya boleh mengeksprestasikan pendapat dan juga pemikiran saya. Watak itu benar-benar berharga.
“Memandangkan sudah sampai episod akhir, sudah pasti saya berasa sangat sedih. Sebenarnya sebelum bermulanya musim kedua, kami semua sangat gementar.
“Tetapi apabila penonton menunjukkan tanda sokongan sejak dari mula drama ini bersiaran, ternyata memberikan kami kekuatan.
“Kami bekerja keras sehingga penggambaran terakhir kerana tanggungjawab yang kami bawa untuk memberikan yang terbaik kepada penonton.
“Mengenai kebarangkalian musim ketiga, jika ada peluang, saya akan menunggu dengan penuh harapan.
“Sebagai seorang pelakon adalah tidak bermak sekiranya tanpa mereka yang menonton karya kami. Terima kasih atas sokongan anda semua,” ujarnya.
Saksikan episod akhir Romantic Doctor, Teacher Kim hari ini (26 Februari), jam 8.10 malam secara eksklusif di ONE HD (saluran 393).
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari http://www.gempak.com/gempakchingu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live