Laman Utama

“Sedih & Down Sampai Perlu Merayu…”- Tak Yakin Boleh Ke Final GV9, VE Tiada Penyokong Pada Mulanya

gempak
Syafiqah Jalal
24/11/2022
13:42 MYT
Sponsor Banner
“Sedih & Down Sampai Perlu Merayu…”- Tak Yakin Boleh Ke Final GV9, VE Tiada Penyokong Pada Mulanya

Meskipun tidak dapat menggabungkan ahli asalnya, kumpulan VE berjaya mendapat tempat ke pentas akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Malah barisan baharu Cham, Adeep dan dua anggota baharu, Hakim serta Fakhiz terus memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu.
Pun begitu, disebalik kejayaan mereka pasti ada orang kuat yang menyokong penuh dari mula penglibatan mereka sehingga akhir.
VELOVERS adalah kelab peminat yang meyakinkan mereka boleh bertahan sehingga ke peringkat akhir.
Namun ketua kelab peminat itu, Nur Fatin Hidayah, 28, atau mesra dengan panggilan Aten Kamal mendedahkan banyak cabaran untuk mencari penyokong VE pada mulanya sehinggalah kini mengumpulkan 50 orang ahli kesemuanya.
Ikuti temu bual Gempak dengan Aten sebagai orang yang menyokong kuat di belakang VE:
#1 Apa perasaan bila VE berjaya ke pentas akhir GV9 sebaris dengan finalis yang lain?
Alhamdullilah VELOVERS berasa bangga atas pencapaian VE hingga berjaya melayakkan diri ke final. Seperti sedia maklum walaupun ada beberapa bukan anggota asal VE, tetapi mereka berjaya bersatu membawa nama VE dan mengembalikan nostalgia dan era kegemilangan VE.
VELOVERS memberi sokongan penuh, walaupun pada awalnya ramai yang mengatakan VE hanya mampu bertahan selama dua ke tiga minggu, kini VE di pentas akhir GV.
#2 Sebagai peminat setia yang menyokong VE dari minggu pertama GV9 sehingga kini apakah VELOVERS mahu mereka buktikan pada malam penentu nanti?
Setiap minggu kami sering membuat permintaan kepada VE. Untuk final ini kami hanya minta VE perlu buktikan bahawa “ballad group” juga mampu memberikan satu impak hebat di pentas final. Kami hanya mahu enjoy the show, menari, dan dpt jerit sekuat hati masa part the best harmonies dari VE. Eee tak sabar!
#3 Bagaimana VELOVERS bermula serta apakah cabaran yang mungkin ditempuhi pada mula pertubuhannya?
Pertama kali saya berjumpa dengan ahli kumpulan VE adalah pada hari sidang media GV9. Saya ditawarkan untuk menjadi ketua FC (fan kelab) oleh pihak pengurusan.
Pada minggu pertama saya sebagai ketua sangat sedih and down bila mana ramai yang memperkotak katikkan bakat VE. Pelbagai komen negatif saya terima. Sehingga ada satu tahap saya perlu merayu pada kawan-kawan untuk bersama sama dengan saya untuk menyokong VE di pentas GV.
Di minggu yang pertama kami hanya 10 orang a selepas minggu pertama saya masih gigih mencari sokongan ramai, tapi orang ramai cakap “kenapa VE?” “VE ni minggu depan keluar lah tu” “VE? Pikir panjang la nak pilih artis pun ni calon-calon terkeluar ni”
Tapi saya tetap positif, saya request best performance untuk minggu kedua dari VE and Alhamdulillah minggu ke 2 boom! Meletop melonjak nama VE. Start dr itu sehingga harini, semakin ramai ahli VELOVERS.
#4 Apakah harapan VELOVERS untuk VE?
Harapan dari VELOVERS untuk VE semoga terus kekal berkarya, jangan pernah berhenti walaupun pelbagai komen negatif yang VE terima dari pelbagai pihak, kami VELOVERS tetap akan kekal bersama VE.
#5 Apa perancangan VELOVERS bersama VE selepas selesai GV9?
Sebenarnya VE sudah terlalu banyak perancangan bersama VELOVERS. Kami pernah beberapa kali membuat sesi meet & greet. Juga pernah buat sesi bacaan yasin buat anak Fakhiz, dan juga buat ibunda Adeep.
Tapi untuk selepas GV9 pertama sekali, kami akan buat majlis doa selamat dan majlis kesyukuran, selepas itu kami akan buat road tour ke Singapura dan Indonesia, serta kami juga akan ada family day..
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live