Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sedih Fizi Ali Datang Majlis Graduasi Anak Tapi Anaknya Tak Muncul-Muncul!

Amri Hassan
11/11/2023 13:38 MYT
Penyampai radio Fizi Ali sedih apabila niatnya untuk berjumpa dengan anak perempuannya, Ameena Sofia ketika majlis graduasi tadika tidak kesampaian.

BERITA TRENDING: “Mereka Tuduh Pembuli, Damia Alami Kemurungan”- Anak Tiri Fizi Ali Trauma Selepas...

Fizi, 36, memberitahu dia menunggu anak perempuannya itu untuk tampil membuat persembahan namun tiada.

"Daddy tunggu-tunggu Ameena dekat tempat graduation. Ameena tidak muncul-muncul.

"Tidak apa, Allah ada. Selamat bergraduasi Ameena," tulisnya di Instagram sambil memegang sejambak bunga berwarna ungu.



Disebabkan itu juga, hajat Fizi untuk meraikan Ameena di Tambun juga tidak kesampaian.

"Sepatutnya kita raikan dekat Tambun, nanti kita ganti balik ok.

"Kasihan awak, penat-penat berlatih tunjuk dekat daddy dan mama, tetapi awak tidak ada hari ini.

"Daddy tidak tahu awak dekat mana sekarang ini. Awak jaga diri sayang," katanya.

Untuk rekod, hasil perkahwinan Fizi bersama Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada Disember 2021.

Pada 23 Oktober lalu, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihan, Siti Zulaikha.

PILIHAN PEMBACA: Fizi Ali Tunjuk Bukti Bawa Anak Pergi Waterpark - “Awak Berdua Tak Salah…”
BERITA TRENDING: Fizi Ali Akhiri Zaman Duda, Selamat Nikahi Rakan Niaga

#Viral #Deejay #Fizi Ali #Shakilla Khoriri #Graduasi #Ameena Sofia #Tadika #Siti Zulaikha
;