"Sedih, Marah, Kecewa Semua Ada" - Isteri Lelaki OKU Dibelasah Tampil Bersuara, Sifatkan Perbuatan Itu Kejam
Isteri kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai,Kemaman pada Jumaat lalu,Faridah Abdul Karim memberitahu suaminya dipukul tanpa perikemanusiaan.
Ibu kepada lima cahaya mata itu berkata, ketika kejadian dia sedang berniaga sebelum dikejutkan dengan panggilan yang memaklumkan insiden itu.
Faridah berkata, perbuatan dan kelakuan melampau itu sukar untuk dimaafkan.
"Sedih marah,kecewa semua ada bila melihat video yang tular suami saya dipukul tanpa ada belas kasihan dan bagi saya ia sangat keterlaluan.
"Bagi saya perbuatan itu sangat kejam dan setakat ini hati saya sukar untuk dimaafkan," kata Faridah ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya, jika benar suami bersalah dan sengaja melanggar sebuah gerai makanan di situ, mereka sepatutnya selesaikan dengan secara baik.
Jelasnya lagi, sehingga hari ini suaminya masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Jumaat lalu, mangsa seorang OKU mental berusia 47 dipukul beberapa individu dipercayai selepas motosikal ditunggannya terlanggar sebuah gerai jualan menyebabkan makanan yang dijual terjatuh dan tumpah.
Sunber:Awani