Laman Utama

“Sedih, Menangis, Menyesal…”- Dr. Say Terdiam & Terduduk Bila Anak Disahkan Autism

gempak
Syafiqah Jalal
29/10/2021
09:32 MYT
Sponsor Banner
“Sedih, Menangis, Menyesal…”- Dr. Say Terdiam & Terduduk Bila Anak Disahkan Autism
Doktor selebriti, Dr. Say tidak dapat menggambarkan perasaannya selepas doktor mengesahkan anak sulungnya, Aezriel atau panggilan manjanya Ace, 2, menghidap Austism tahap sederhana.
Dr Say memberitahu pada mulanya dia seperti tidak dapat menerima kenyataan tersebut kerana ia amat menyedihkannya.
“Dr Cindy cekap, tak perlu masa yg lama untuk dia come to a final diagnosis yang Ace moderate autism. Terduduk saya dibuat perkataan “moderate” tu. Saya menjangkakan yang Ace hanyalah mild autism sebab bagi saya tak berapa kuat ciri-ciri autisticnya. Dunia saya jadi blank. Saya tak boleh terima.
“On the way back saya terdiam because it’s too much for me to grasp. Soalan yang sama keep on berulang dalam kepala saya “Kenapa kena dekat Ace? Dia bijak, ceria & comel. Kenapa dia?”.
“Menangis saya sepanjang perjalanan pulang sebab autism ni bukan macam penyakit yang makan ubat boleh sembuh but it’s a condition yang akan stay with him lifelong. Tulis ni pun buat saya berlinang air mata,” katanya.
Pengacara Tanya Doktor itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Kata Dr. Say perkongsian itu dibuat supaya memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana tentang perkembangan anak-anak
“Mak dan bini saya larang saya cerita benda ni tapi I think it’s necessary so that parents out there ambil peka dengan perihal akan perkembangan anak-anak.
“Jangan jadi alpa seperti saya “takpe bagi masa dulu” atau “biasalah anak lelaki cakap lambat”.” Pesannya.
Pun begitu, Dr. Say memberitahu dia kini sudah mula sedikit demi sedikit menerima kenyataan tersebut dan cuba membantu sehabis baik buat anaknya.
“Slowly I am accepting the fact that my son is gifted. Sedih, menangis, menyesal tak berguna sebab it won’t change the fact that my son is autistic.
“Apa yang kami perlu lakukan sekarang is help him through intervention. I am lucky and blessed bini peka dengan kelainan Ace awal-awal dulu dan mujur kami dah start terapi awal-awal dulu or else mungkin lain diagnosis Dr Cindy terhadap Ace.
“InsyaAllah November kami akan start terapi Ace sekali lagi. Kalau dulu 2 kali seminggu terapinya, kali ni kami tingkatkan kepada 3 kali seminggu. Gonna give my best to my son. Daddy is going to stay with u till my last breath,” luahnya.
Isteri Dr Say, Dr. Azura baru sahaja melahirkan putera keduanya melalui proses pembedahan pada 18 Ogos lalu.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live