Personaliti media sosial Azfar Heri mengimbau pengalaman berdepan kritikan segelintir pihak terhadap dapur kediamannya yang kelihatan buruk.

Menerusi laman YouTube, Azfar atau nama sebenarnya Mohammad Azfar Herisyam, 23, berkongsi sebuah video mengenai dapur kediamannya yang telah diberi pembaharuan untuk tatapan umum.

“Ada satu brand ni nak kerjasama untuk buat video masak sewaktu PKP. Saya dah record video dua tiga kali, mereka taknak. Mereka nak saya shoot tempat lain sebab dapur rumah saya tak cantik. Saya sedih dan terkilan sebab saya punya style video memang macam vlogging dan kasual.

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri)


“Brand ni rasa dapur saya buruk sangat, tak jadi nak kerjasama. Saya cerita dengan mak yang saya kena reject sebab dapur tak cantik, mak saya sedih gila.

“Sebelum ni pun saya ada buat tengah video memasak, ada juga yang komen dapur buruk, apa benda la tapi saya tak kisah. Biasalah manusia hati dia busuk. Waktu tu saya bukan orang senang tapi sekarang kita improve sikit demi sikit.

“Takpe sekarang ada rezeki lebih, saya kongsi duit dengan mak dan kami buat make-over dapur sikit, tambah kabinet supaya lebih tersusun dan kurang berselerak,” jelasnya lagi menerusi video tersebut.

Di laman sosial Instagram juga, Azfar memuat naik foto terbaru dapurnya yang telah diubahsuai dengan tema hitam dan kelihatan cantik.

Di ruangan komen, ramai wargamaya serta rakan selebriti yang terpegun melihat perubahan dapur kediamannya yang serba baru.

Wow,” kata penyanyi Yuna.

Dapur rumah you dah lawa omg,” komen seorang wargamaya.

Azfar, dah tengok vlog baru. Sedihnya, harap your mom happy bila dah ada dapur baru,” tulis seorang wargamaya.

Dapur Azfar sangat bergaya,” puji seorang wargamaya.

Untung mama dia dapat anak macam Azfarheri ni. Berkat rezeki kamu anak,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 250,000 tontonan kurang daripada 24 jam di muat naik.