Pelakon Mia Ahmad dedah dia pernah alami keguguran sebelum menimang cahaya mata pertama, Sayf Issa, yang kini sudah berusia lima tahun

Pun begitu Mia Ahmad atau nama lengkapnya Samihah Ahmad Baderi, 35, reda walaupun tidak menafikan terlalu sedih ketika itu.

"Masa tu saya di London...Sedih sangat tapi Allah lebih mengetahui bila kita patut dapat sesuatu rezeki," luahnya.

Isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Mia yang kini hamil anak ketiga kemudian berkongsi tip bagaimana dia hamil semula selepas sebulan keguguran.

"Get your ovulation test ( my favourite brand is clear blue, kalau kita subur dia akan keluar smiley face ni kalau yang digital lah)

"Ambil Supplements ( ni saya tak boleh nak suggest sebab doctor lebih tahu apa yang your body perlukan..refer doktor ok)

"Makan makanan sihat. No preservation, coloring, sugar, gluten.

"Berdoa pada Allah SWT bersungguh-sungguh,"
kongsinya.

Mia kini sedang sarat hamil sebulan bulan dan sedang menunggu hari untuk melahirkan anak ketiga.

Selain Sayf Issa, Mia dan Tarmizi yang mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata Iris, 3 tahun