“Sedih & Tak Sangka Ada Juga Orang Guna Cara Halus Untuk Jatuhkan Saya…”- Sakit Misteri, Linda Rafar Jumpa Ebit Lew
Pelakon Linda Rafar mendedahkan sudah hampir sebulan mengalami penyakit misteri.
Menurut Linda sakit misteri itu dipercayai berpunca dari pihak yang cuba menggunakan cara halus untuk menjatuhkannya.
Juteru, Linda berjumpa dengan pendakwah bebas Ebit Lew untuk mendapatkan nasihat dan panduan bagi mengubati penyakit tersebut.
“Moga apa yang ustaz kongsi ni dapat membantu sedikit sakit yang hampir sebulan Linda alami ini..
“Rambut sama hitam, hati hanya Allah yang tahu, sedih dan tak sangka ada juga orang guna cara halus untuk jatuhkan saya..” tulinsya.
Linda berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik video yang menunjukkan pertemuannya dengan Ebit Lew yang bertanyakan mengenai hal tersebut.
Pun begitu, Linda memberitahu dia tidak akan membalas apa yang telah diterima tetapi berharap pihak tersebut menerima balasan daripada Allah atas perbuatannya.
“Saya tidak akan balas. Biar Allah sahaja yang menentukan, setimpal dengan sakit yang saya
Terdahulu, Linda pernah memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan biadap seorang jururawat di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat arwah ibunya yang sakit pada awal tahun lalu.
Isu tersebut menjadi besar dan berlanjutan sehingga Linda terpaksa memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang bertanggungjawab memburukkan imej dan nama keluarganya.
Namun ia sudah berkahir selepas Linda mengambil keputusan memaafkan semua yang pernah terlibat dalam isu tersebut dan menamatkannya dengan baik.