Laman Utama
“Sedih Tengok Arrian Menangis”- Tomok Hantar Pembantu Rumah Pulang Ke Indonesia
Penyanyi Tomok menghantar pulang pembantu rumahnya ke Indonesia selepas dua tahun bekerja dengan keluarganya.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36, berkata dia akur setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
“Setiap pertemuan akan ada perpisahan.
“Terima kasih daimah jaga keluarga saya dengan baik selama dua tahun. Selamat pulang ke indonesia. Sampai jumpa lagi,” katanya.
Tomok berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Tomok memuat naik rakaman video perpisahan sewaktu pembantu rumahnya pergi meninggalkan keluarganya.
Dari video tersebut, Arrian dilihat menangis teresak-esak kerana sedih dan berat hati untuk berpisah.
Video tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bersedih melihat aksi Arrian dan isterinya yang menangis tidak berhenti.
“Sedih tengok Arrian menangis, kita pun menangis sekali,” kata salah seorang pengikutnya.
“Aduh sedihnya tengok…anak-anak ni bila dia sayang memang dia sayang betul,” komen salah seorang warganet
“Dah aku pula yang melalak kenapa,” tanya salah seorang netizen.
Tomok dan Rahayu atau Ayu berkahwin pada 2 Julai 2011. Mereka sudah dikurniakan tiga orang anak.