Sedihnya, Lelaki Tembak Maut 38 Orang, 22 Adalah Kanak Kanak, Ibu Hamil & Bunuh Diri
Maliah Surip
07/10/2022 01:50 MYT
07/10/2022 01:50 MYT
Dunia dikejutkan dengan sebuah insiden kejam dari Timur Laut Thailand apabila seramai 38 orang maut selepas terkena tembakan dan ditikam oleh seoleh lelaki yang juga merupakan bekas polis.
Lebih menyayat hati, daripada 38 orang mangsa tersebut, 22 daripadanya adalah kanak kanak dengan yang paling muda baru berusia 2 tahun. Malah seorang mangsa juga merupakan ibu yang sarat hamil 8 bulan.
Menurut laporan beberapa media antarabangsa seperti BBC dan AP, kejadian berlaku selepas suspek hadir ke pusat penjagaan kanak kanak yang terletak di wilayah Nong Bua Lam Phu kira-kira jam 12.30 tengah hari untuk mencari anaknya
Namun, selepas anaknya tiada, dia mengamuk dengan menembak dan menikam penghuni pusat penjagaan tersebut.
Dikenal pasti sebagai Panya Khamrab, seorang Leftenan Kolonel polis yang didakwa dipecat kerana menggunakan dadah, tahun lalu, lelaki tersebut kemudian pulang ke rumah.
Di rumah, dia membunuh isteri dan anaknya, sebelum membunuh diri sendiri.
Pihak berkuasa Thailand mengesahkan bekas polis tersebut menggunakan pistol sah milik dan berada di bawah pengaruh dadah sewaktu kejadian berlaku.
Kredit Foto: AP